ADUN Pasir Bedamar Buat Laporan Polis Selepas Ditahan Positif Dadah. | PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu hari ini membuat laporan polis, susulan penahanannya membabitkan kesalahan dadah di Pulau Pinang baru-baru ini.

ADUN Pasir Bedamar Buat Laporan Polis Selepas Ditahan Positif Dadah.

Wakil rakyat DAP itu bagaimanapun enggan mendedahkan butiran laporan polisnya dan memaklumkan satu kenyataan akan dikeluarkan berhubung penahanannya.

“Saya sudah membuat laporan polis dan akan mengeluarkan kenyataan dalam tempoh terdekat,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Semalam, media melaporkan ADUN Perak itu ditahan di sebuah pusat hiburan di Perai, selepas ujian saringan awal air kencingnya didapati positif dadah.

Penahanan ADUN itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Mustafa Kamal Gani Abdullah.

Bagaimanapun, wakil rakyat itu sudah dibebaskan petang semalam.

Susulan itu, DAP Perak meminta Naidu memberi laporan bertulis supaya pimpinan parti di peringkat negeri dan Pusat dimaklumkan mengenai situasi sebenar.

Sumber: FMT

Share.

Leave A Reply