Ahli Politik Ditahan Slps Pukul, Pijak Perut Isteri Hamil | SEORANG ahli politik Indonesia sedang dalam siasatan pihak berkuasa selepas isteri keduanya yang dikenali sebagai MY membuat laporan polis kerana dicekik, ditampar dan dipijak lelaki tersebut.
Menerusi laporan media tempatan, MY mendakwa telah dikasari oleh anggota Dewan Perwakilan Rakyat dari Parti Keadilan Sejahtera dalam keadaan dirinya sedang hamil.
Insiden tersebut bagaimanapun telah berlaku pada November 2022 dan pasangan tersebut dilaporkan sudah bercerai.
Portal Tempo melaporkan kedua-duanya sempat hidup sebagai suami isteri hanya untuk tempoh sembilan bulan sebelum berpisah.
Lelaki tersebut antaranya didakwa pernah memukul wanita tersebut dengan kerusi, mencekik, menampar, menggigit sehingga memijak perut isterinya yang sedang hamil sehingga mengalami pendarahan.
Ekoran kontroversi tersebut, ahli politik tersebut diketahui telah meletakkan jawatannya sebagai ahli dewan perwakilan, malah pihak parti mengatakan masalah yang dihadapi bukan berkaitan dengan politik sebaliknya merupakan masalah peribadi.
Kes itu kini masih dalam siasatan pihak polis.
Sumber: Sinar Harian
Baca Juga: Seorang Lelaki Bun0h Dan Bakar Kekasih Untuk Rahsiakan Kehamilan
SUNGAI BESAR: Mahu merahsiakan kehamilan selepas melakukan hubungan seks dipercayai menjadi motif pembunuhan seorang wanita di Jalan Sungai Limau, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.10 pagi itu, mangsa berusia 21 tahun yang bekerja sebagai pelayan sebuah restoran ditemui dalam keadaan terbakar oleh orang awam di kawasan belukar kebun kelapa sawit.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, berkata polis menahan seorang lelaki berusia 20 tahun yang terbabit dalam kejadian itu di kawasan Sungai Besar.
“Siasatan awal mendapati suspek berusia 20 tahun baru menamatkan pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT).
“Suspek dan mangsa dikatakan adalah pasangan kekasih dan sudah menjalin hubungan selama setahun. Malah, mangsa dipercayai hamil empat bulan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, hari ini.
Agus Salim berkata, hasil soal siasat mendapati suspek pada kali pertama mengaku keluar bersama mangsa dengan menaiki kereta milik keluarganya malam kelmarin.
“Lelaki itu memukul kekasihnya sehingga pengsan dan menikam perut wanita itu menggunakan pisau disyaki untuk mengeluarkan kandungan.
“Suspek kemudian bertindak membakar mangsa dengan menggunakan petrol. Untuk kali kedua (semalam), suspek sekali lagi hadir ke lokasi kejadian dengan menunggang motosikal.
“Dia membakar mayat mangsa bertujuan untuk melupuskan bahan bukti,” katanya.
Agus Salim berkata, ujian saringan air kencing ke atas suspek didapati negatif dan semakan mendapati dia tidak mempunyai rekod lampau.
Beliau berkata, suspek dipercayai melakukan jenayah itu berseorangan.
“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi melengkapkan kertas siasatan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.
“Permohonan reman terhadap suspek dibuat hari ini di Mahkamah Majistret Kuala Selangor dan dia direman selama enam hari sehingga 29 Mei ini,” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa kini berada di Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.
Sumber : BuletinTV3