Ahlong Salah Orang, Penghuni Baru Menjadi Mangsa

| April 18, 2021 | 0 Comments

Ahlong Salah Orang, Penghuni Baru Menjadi Mangsa | Tabiat meminjam dari ceti haram atau lebih dikenali sebagai Ahlong bukanlah sesuatu yang diluar kebiasaan masyarakat kita. Malahan telah terdapat banyak kes di Malaysia yang melibatkan individu yang menajalankan perniagaan secara haram ini.

Ahlong Salah Orang, Penghuni Baru Menjadi Mangsa

Sebuah keluarga yang baru sahaja mendiami sebuah rumah selama tempoh setahun telah dikejutkan dengan satu insiden yang begitu memberikan kesan kepada mereka. Mereka turut merasa trauma apabila kenderaan yang diparkir dihadapan rumah telah dibakar oleh individu tidak bertanggungjawab.

Ahlong Salah Orang, Penghuni Baru Menjadi Mangsa

Insiden yang berlaku di Taman Bukit Indah pada pagi semalam dipercayai dilakukan oleh ahli kumpulan ceti haram. Disamping kereta milik mereka yang dibakar, mereka turut menerima sehelai nota yang berbaur ugutan terhadap mereka. Nota itu telah diletakkan di kawasan rumah mereka.

Ahlong Salah Orang, Penghuni Baru Menjadi Mangsa

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu mempunyai unsur jenayah kerana penghuni rumah turut menerima nota ugutan daripada pelaku.

Ahlong Salah Orang, Penghuni Baru Menjadi Mangsa

Penghuni rumah yang baharu iaitu mangsa mendakwa bahawa mereka sememangnya bebas daripada sebarang hutang daripada ceti haram. Dipercayai bahawa penghuni sebelumnya di rumah itu pernah membuat pinjaman daripada ceti haram, itu membuatkan penghuni baharu telah menjadi sasaran mereka.

Tiada sebarang kemalangan jiwa yang dilaporkan berhubung insiden yang berlaku itu.

Kejadian yang dipercayai berlaku pada jam 5 pagi itu, kereta yang dibakar milik keluarga itu diletakkan di garaj kediaman mereka yang terletak di Jalan Indah, Taman Bukit Indah. Kereta itu musnah sebanyak 50 peratus disebabkan oleh kebakaran yang dilakukan secara sengaja itu.

Ahlong Salah Orang, Penghuni Baru Menjadi Mangsa

Mangsa turut telah membuat laporan polis berkaitan insiden yang berlaku itu. Tujuan laporan polis dibuat adalah supaya pihak polis boleh mengambil tindakan segera kerana bimbang akan keselamatan mereka sekeluarga. Berkaitan isu kereta yang terbakar itu, mangsa akan rujuk kepada pihak insuran.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 453 Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita Harian

Tags: , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *