AJK Masjid Disamun Ketika Ingin Solat Subuh |  Seorang lelaki yang baharu selesai menjalani hukuman Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 selama dua tahun sebelum ini nyata tidak insaf apabila menyamun ahli jawatankuasa masjid di kawasan perumahan Aman Perdana, Klang dekat sini baru-baru ini.

AJK Masjid Disamun Ketika Ingin Solat Subuh

Bagaimanapun, suspek berjaya ditahan tidak lama kemudian bersama dengan rakannya yang masing-masing berusia 20 dan 30 an sekitar jam 5 petang pada Jumaat lalu selepas melakukan jenayah pukul 5.20 pagi hari yang sama.

Difahamkan, suspek sebelum ini menjalani hukuman POCA di Penjara Tapah, Perak.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, siasatan awal mangsa berusia 60an telah disamun ketika keluar dari keretanya untuk menunaikan solat Subuh di surau tersebut.

Katanya, kedua-dua suspek yang bersenjatakan parang itu kemudiannya melarikan kenderaan milik mangsa.

Kejadian samun tersebut berjaya dirakam televisyen litar tertutup ( CCTV ) dengan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jelasnya, bertindak dari hasil risikan kemudiannya membawa kepada penangkapan kedua-dua suspek di Jalan Gamelan dalam tempoh 24 jam.

Hasil soal siasat terhadap suspek kemudiannya membawa ke lokasi pembuangan barangan peribadi milik mangsa kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.

Ujarnya, kereta mangsa jenis Toyota Vios pula ditemui di tempat letak kenderaan sebuah flat di Kapar selain merampas motosikal jenis Honda Dash.

Melalui semakan yang dijalankan pihaknya mendapati mendapati salah seorang suspek mempunyai 13 rekod jenayah lampau melibatkan kes samun, gaduh, curi kenderaan dan mendatangkan kecederaan serta penyalahgunaan dadah.

Tambahnya, suspek juga baru sahaja selesai menjalani hukuman POCA selama dua tahun.

Beliau turut menegaskan edua-dua suspek kini direman selama lima hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply