Akibat Cemburukan Lelaki Korea Suami Bvnuh Diri | BANGKOK – Rancangan seorang wanita untuk membuatkan suaminya cemburu dan menjadi ‘manusia yang lebih baik’ bertukar tragedi apabila lelaki itu akhirnya membunuh diri, lapor laman berita Thaiger semalam.
May, 49, dihubungi Balai Polis Samet di Thailand yang bertanyakan keberadaan suaminya selepas lelaki itu dikesan memuat naik nota bunuh diri di satu akaun Facebook.
“Saya harap semua orang gembira. Dia (lelaki Korea) adalah seorang yang baik, tetapi saya tidak. Selamat jalan semua,” demikian menurut hantaran lelaki berkenaan.
May sebelum itu ada bercakap menerusi panggilan telefon bersama seorang lelaki Korea dan berpura-pula menjalinkan hubungan sulit sedangkan itu adalah rancangannya untuk membuatkan suaminya berubah.
Sementara itu, sebaik sahaja dimaklumkan mengenai nota bunuh diri itu, May cuba menghubungi suaminya namun gagal. Ketika mencari lelaki itu, dia menemui kesan tapak kaki yang menuju ke hutan berhampiran rumah mereka.
Dia kemudian mengikuti kesan tapak kaki itu dan menemui suaminya dalam keadaan sudah tidak bernyawa dan menggantung diri.
Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat manakala May disoal siasat oleh polis.
Sumber: KOSMO
ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA
Lelaki Nepal Bakar Rumah Sendiri & Ugut Mahu Bunuh Diri
Lelaki Nepal Bakar Rumah Sendiri & Ugut Mahu Bunuh Diri | KAJANG – Sengaja memulakan kebakaran di dalam rumah dan mengancam membunuh diri dengan sebilah pisau, seorang lelaki warga Nepal berjaya ditenangkan bomba dalam kejadian di sebuah rumah kedai, Hentian Kajang, Jalan Reko, di sini.
Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 8.49 pagi sebelum menggerakkan anggota ke lokasi.
Sebanyak sembilan anggota lain-lain pangkat berserta dua buah jentera telah dikejarkan ke lokasi kebakaran dari Balai Bomba dan Penyelamat Bangi bagi melakukan kerja-kerja pemadaman.
“Laporan awal mendapati, kebakaran melibatkan sebuah rumah kedai bangunan tiga tingkat terbakar 30 peratus di tingkat dua.
“Namun begitu, di dalam rumah tersebut terdapat seorang lelaki warga Nepal lingkungan 20-an memegang sebilah pisau dan mengancam untuk membunuh diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ekoran tindakan lelaki tersebut, bomba berjaya memujuk mangsa dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya.
“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan dilaporkan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya.
Sumber: Kosmo