Akibat Cuba Rasuah Polis, Buruh Warga Pakistan Didenda RM 4,000

| April 12, 2021 | 0 Comments

Akibat Cuba Rasuah Polis, Buruh Warga Pakistan Didenda RM 4,000 | Memberi atau menerima rasuah merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang bukan sahaja di Malaysia malah diseluruh dunia. Hal yang sama turut terjadi kepada seorang warga Pakistan yang didenda di mahkamah atas tuduhan cuba memberikan rasuah kepada seorang pegawai polis.

Akibat Cuba Rasuah Polis, Buruh Warga Pakistan Didenda RM 4,000

Alor Setar: Seorang buruh binaan warganegara Pakistan didenda sebanyak RM 4,000 oleh Mahkamah Sesyen pada Isnin lalu selepas dia mengaku bersalah cuba untuk memberi penawaran sebanyak RM 100 kepada seorang anggota polis pada Disember tahun lalu.

Tertuduh, Fazal Wadood,25, membuat pengakuan terbabit di hadapan Hakim Murtazadi Amran selepas pertuduhan pilihan dibacakan terhadapnya.

Mengikut kertas pertuduhan, Fazal didakwa melakukan kesalahan itu dengan menawarkan suapan sebanyak RM 100 kepada anggota polis, Koperal Sharunizam Senin yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kedah.

Tertuduh dikatakakan melakukan cara suapan sebagai balasan supaya tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas rakannya, Nazeem Khan yang telah tinggal di sini melebihi tempoh masa yang telah ditetapkan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Fazal didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan di susur keluar Plaza Tol Pendang, Pendang di sini, lebih kurang jam 10.45 malam, pada 5 Disember lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Zulfadli Azharudin manakala tertuduh diwakili peguam Praya Singh.

Mohd Zufadli meminta agar mahkamah memberikan hukuman yang setimpal ke atas tertuduh bagi memberikan pengajaran namun Praya memohon agar dikenakan hukuman yang lebih ringan ke atas anak guamannya kerana tertuduh perlu menanggung ibu bapanya.

Murtazadi kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 4,000 dan tertuduh diperintahkan menjalani enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda.

Mahkamah turut memerintahkan barang kes iaitu wang tunai berharga RM 100 diserahkan bagi tujuan melupuskan hak manakala pasport tertuduh dikembalikan semula.

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *