Akibat Langgar Lampu Merah, Lelaki MAUT Dilanggar. Ada Video.

| February 17, 2021 | 0 Comments

Akibat Langgar Lampu Merah, Lelaki MAUT Dilanggar. Ada Video. | Akibat langgar lampu merah, seorang lelaki maut dilanggar sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat di Sungai Petani. Ada video cctv. AL FATIHAH.

Seorang buruh binaan dipercayai warga Bangladesh maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat simpang empat Sungai Layar – Semeling di Jalan Lencong Barat di sini semalam.

kemalangan lampu isyarat

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa, Mung Faruq Noorsalam berusia lingkungan 40-an maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di anggota badan.

Berikut merupakan rakaman kemalangan tersebut

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, kejadian berlaku ketika mangsa menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dari arah Semeling ke Sungai Layar manakala Proton Pesona dipandu lelaki berusia 20 tahun dari arah Sungai Petani ke Laguna Merbok.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa bertindak melanggar lampu isyarat merah dan bergerak ke hadapan secara melulu ketika berada di persimpangan lampu isyarat itu.

“Motosikal mangsa kemudian dilanggar di bahagian sisi kanan oleh kereta Proton Persona yang sedang bergerak selepas lampu isyarat bertukar hijau,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, impak perlanggaran yang kuat mengakibatkan mangsa maut di lokasi kemalangan manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Komen Netizen

Soned Denos depa ingat trafik sini mcm negara depa sana pa

Red Blood Sbb tu nk buat lesen kena cek rabun warna ke x..ni dia ingat merah tu hijau ke

Bediez Ni Aku kat trafik light wlpun da hijau mata melilau je nk lalu,,takut ade yg cmni la,,saje criter..

Encik Khai Anuar Sekelip mata..xsabr dlm beberapa saat je..nyawa melayang😥

Ahmad Ishak Merah tanda berhenti. Bukan jalan.

Alta Mirano Panaria Rider motor memang makhluk special…

Ermie Radiana Ajal tidak lari walupun 1 saat…. Innalillahiwainnailaihirojiun.. takziah kepada arwah

Sumber Kosmo Online via FB Info Polis/JPJ

Tags: , , , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *