Akibat Mabuk Seorang Lelaki Mati Ditikam Rakan. | BATU GAJAH: Akibat mabuk, seorang pelarian warga Myanmar dibunuh rakan senegaranya dalam pergaduhan akibat mabuk di rumah kongsi sebuah kilang memproses barang sisa buangan plastik di Bandar Baru Siputeh, Pusing di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian 9.45 malam itu, mangsa berusia 36 tahun yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), maut akibat ditikam pada bahagian rusuk kiri.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata pergaduhan itu membabitkan dua lagi lelaki yang juga rakan sekerja mangsa ketika keempat-empat mabuk selepas minum arak di lokasi kejadian.

Beliau berkata, kejadian disaksikan seorang lelaki warga Bangladesh yang juga pekerja kilang itu sebelum bertindak menghubungi majikan mereka bagi memaklumkan kepada polis.

“Mangsa ditikam dengan menggunakan gunting dijumpai di tempat kejadian. Mangsa dan ketiga-tiga rakan sekerjanya itu warga Myanmar yang juga pemegang kad UNHCR.

“Suspek berusia 36 tahun mengaku membunuh mangsa selepas ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah, 4 pagi kelmarin semasa suspek balik ke rumah kongsi berkenaan.

“Dua lagi suspek yang juga lelaki, masing-masing berusia 29 dan 30 tahun ditangkap jam 8.45 malam tadi di Jalan Bota-Tronoh di sini,” katanya dalam kenyataan hari ini, hari ini.

Ahmad Adnan berkata, suspek utama direman tujuh hari bermula hari penangkapannya, manakala dua lagi suspek direman tujuh hari bermula hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber : BH

Share.

Leave A Reply