Akibat berang dirinya serta ibu bapa sering menjadi bahan ejekan, pemuda 25 tahun ini bertindak menetak jirannya menggunakan senjata tajam.

Akibat Sering 'Dibahan' Oleh Jiran. Lelaki Ini Tekad Bertindak KEJAM

Peristiwa ngeri itu dilaporkan berlaku di Kampung Katerban, kawasan Baron di Daerah Nganjuk, Indonesia.

Menurut portal Tribun Jatim, suspek dikenali sebagai Ah, 25 telah berjaya ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Nganjuk selepas melakukan serangan terhadap jirannya menggunakan sebilah sabit.

Suspek difahamkan melakukan jenayah itu kerana berang dia dan ibu bapanya sering diejek oleh mangsa yang merupakan jirannya sendiri.

Pihak Polis di Nganjuk, AKP I Gusti Agung Ananta Pratama menjelaskan, suspek melakukan penganiayaan dengan menggunakan senjata tajam terhadap jirannya.

Kemudian, suspek telah melarikan diri selepas membuat serangan itu.

Suspek telah menyerang mangsa menggunakan sabit yang dipinjam dari rakannya kerana tidak tahan dirinya dan ibu bapanya sering menjadi bahan ejekan oleh mangsa.

AKP I Gusti Agung Ananta memberi kenyataan berhubung kes ini serta ditemani Ketua Humas Polres Nganjuk, Iptu Supriyanto, Isnin lalu.

Seperti yang dijelaskan oleh I Gusti Agung Ananta, kejadian ini berlaku di hadapan rumah mangsa.

Sebelum ini, suspek pernah mencari mangsa di tempat biasa dia melepak sambil membawa sabit yang dipinjam.

Bagaimanapun, suspek tidak menemui mangsa di tempat tersebut lalu mengajak seorang rakannya pergi ke rumah mangsa.

Setibanya di rumah mangsa, suspek mengetuk pintu dan kebetulan yang membuka pintu adalah mangsa.

Suspek yang sedang beremosi itu segera mengajak mangsa keluar ke hadapan rumah.

Dan ketika itu, suspek menetak mangsa tiga kali, memukul lengan kiri, dada kiri, dan jari telunjuk tangan kanan kemudian suspek segera melarikan diri.

Polis Baron yang menerima laporan serangan itu segera bergegas bersama dengan Satreskrim Polis Nganjuk dan pergi ke lokasi kejadian dan melakukan siasatan di situ.

Mangsa yang mengalami kecederaan kemudiannya segera dibawa ke hospital untuk mendapatkan bantuan dan rawatan lanjut.

Ketika itu, suspek sendiri belum ditemui dan telah melarikan diri.

Anggota Polis Satreskrim Nganjuk segera mengejar suspek serangan itu berdasarkan maklumat beberapa saksi yang diterima oleh pihak mereka.

Suspek berjaya ditahan di tempat abangnya di kawasan Gresik.

Hasil soal siasat mendapati, suspek mengaku perbuatannya itu disebabkan berasa jengkel selepas dia dan ibu bapanya sering menjadi bahan ejekan mangsa.

Ejekan tersebut menyebabkan emosinya memuncak dan mendorong dirinya untuk melakukan serangan itu.

Sumber: Siakap Keli

Share.

Leave A Reply