Akibat Tidur Berjalan, Seorang Wanita Maut Terjatuh Dari Tingkat 10. Seorang wanita yang mengalami penyakit tidur berjalan meninggal dunia selepas jatuh dari tingkat 10 apartmennya kerana berjalan ketika tidur. Baca selanjutnya.

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 38 tahun meninggal dunia akibat terjatuh selepas memanjat tingkap apartmen di tingkat 10 kerana berjalan ketika sedang tidur.

Mangsa, Ruth Dalumpines Dulfo ditemukan tidak bergerak di blok kondominium Laguna Park di Marine Parade, kira-kira pukul 7 pagi, lapor berita.mediacorp.

Warga Filipina itu datang ke Singapura 13 tahun lalu dan bekerja di Coastal Rhythm Cafe and Bar di Taman East Coast.

Dulfo tinggal di apartmen itu bersama lima rakan serumah yang lain.

Wanita itu mempunyai sejarah tidur berjalan, dengan sekurang-kurangnya empat insiden yang dilaporkan pernah berlaku.

Tiga saksi memberikan keterangan pada hari pertama siasatan koroner ke atas kematiannya melibatkan seorang inspektor polis, seorang rakan serumah dan pakar neurologi.

Pegawai penyiasat, Gilbert Chow berkata, polis berpendapat Dulfo terjatuh dari tingkap apabila berjalan ketika dalam keadaan tidur dan tiada perbuatan khianat disyaki.

Pemeriksaan di apartmen itu mendapati terdapat tiga tingkap terbuka di dapur, ruang tamu dan tandas di ruang utama.

Rakan serumah mangsa memberitahu tingkap pada ketinggian 1.7 meter di bahagian tandas selalunya ditutup.

Polis mendapati lokasi tingkap tandas sealiran dengan tempat mayat mangsa ditemukan, dan sebahagian besarnya terbuka.

Pihak berkuasa juga menemukan botol syampu yang terbalik di lantai tandas dan barang-barang lain di dalam tandas juga diubah.

Sumber: UTUSAN

Share.

Leave A Reply