Aku Mawar Pudar Warna

| July 12, 2020 | 0 Comments

Aku Mawar Pudar Warna | Aku selalu baca kisah-kisah mangsa p3d0filia kat sini. Kali ini biar aku coretkan kisah aku pulak. Kisah yang aku simpan selama 25 tahun tanpa pengetahuan keluarga aku dan keluarga si pelaku yang juga merupakan saudara aku, si pelaku yang durjana.

Memiliki fizikal yang agak berisi dan agak tinggi sewaktu kanak-kanak
membuatkan aku seringkali dianggap sebagai pelajar sekolah rendah
sedangkan pada ketika itu aku masih disekolah tadika.

Tuhan jugak kurniakan aku rupa paras yang agak comel dan kulit yang
putih melepak masa tu. Bagi manusia lain normal la aku seorang budak
yang comel. Untuk manusia yang tak normal macam dia pulak cuma dia je
yang tau aku kelihatan macam apa dimata dia.

Umurku pada waktu itu 6 tahun. Umur dia? kalau tak silap aku 17tahun.
Itulah permulaan detik hitam yang menyedihkan dalam kisah hidup aku.

Rumah kami berjiran. Biasalah rumah kampung, memang dekat-dekat. Buka
tingkap rumah aku, dah boleh nampak ruang tamu rumah dia. Ayah aku
kerjanya berniaga ikan.

Mak aku pulak selalu bawak kedua adik aku yg lain tolong ayah berniaga.
Jadi sebab tak nak aku bersendirian kat umah, mak aku mintak sepupunya
yang merangkap mak si pelaku untuk tengok-tengokkan aku. Jadi, aku
memang biasa keluar masuk rumah dia.

Kat situlah aku makan, mandi dan sebagainya sementara mak ayah aku balik
berniaga. Kenapa mak ayah aku tak bawak aku sekali? Aku pun dah tak
ingat kenapa. Yelah dah 25 tahun kan. Ada yang aku dah tak ingat, ada
yang masih kekal terpahat.

Mak pelaku ni selalu jugak tak ada kat rumah jadi tinggallah aku berdua
dengan pelaku yang merupakan anak bongsu dalam keluarga dia. Aku
bahasakan dia sebagai Z.

Ayah dia orang surau, mengajar mengaji dan sebagainya. Si Z ni pun
pelajar sekolah agama. Macam b*d*h kan? Bukan aku nak perlekehkan, tapi
perkara ni banyak terjadi dikalangan masyarakat, terjadi pada aku.

Kau belajar agama ke apa ke, tapi sebab nafsu serakah kau tewas. Kau
hancurkan hidup orang lain. Kau tinggalkan trauma mendalam dalam hidup aku.

Aku panggil dia abang, dah memang pangkat abang kan. Seingat aku kami
rapat. Dialah partner aku time main masak-masak, main sorok-sorok. Tanpa
aku sedar dia ada simpan niat yang tak baik.

Mana la aku nak tau, aku masih budak. Masih naif. Belum mengerti
perangai manusia, niat serong manusia.

Ada satu hari macam biasa, kami main sorok-sorok. Biasa aku menyorok kat
dapur rumah dia. Tapi haritu dia suruh aku menyorok dalam bilik dia. Dia
cakap, nanti dia cari. Menyorok je kat sini. Aku turutkan. Tengah suka
hati kan nak main sorok-sorok.

Tengah aku menyorok tepi almari, dia masuk. Dia tutup dan kunci pintu.
Aku tak ingat apa aku rasa dan pikir masa tu bila dia tutup pintu dan
kunci pintu tu. Yang aku ingat dia cakap ‘mai sini’ aku turutkan. Dia
cakap ‘baring’ pun aku turutkan.

Mungkin reaksi aku dah lain masa tu sebab yang aku ingat dia ambik
bantal doraemon yang ada kat situ dia bagi kat aku. ‘Suka tak?’ mungkin
aku angguk.

Yang aku ingat lagi dia suruh aku tutup muka dengan bantal, aku buat.
Lepastu dia dah mula londehkan seluar aku. Dia cabul aku time tu jugak.
Tak perlu aku cerita cara die sentuh bahagian yang tak sepatutnya dia
sentuh. Aku geli. Terbayang-bayang dimata ni.

Percayalah, masa aku taip apa yang aku tengah taip ni aku tengah memaki
hamun dia dalam hati. Segala jenis carutan ada. Jangan suruh aku
istighfar, korang tak kena dan tak rasa apa yang aku rasa.

Aku kecik lagi, aku tak tau apa yang dia dah buat tu salah. Aku tak tau
yang aku dicabul. Aku ingatkan dia ‘bermain dengan aku’.

Waktu itu aku tak didik dengan ilmu berkaitan s3ksual dan sebagainya.
Aku tak diajar sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat. Bukan salah
mak ayah aku. Mereka tak tahu yang perkara jijik macamtu akan terjadi
pada anak perempuan mereka. Dan aku pun tak nak mereka tahu.

Dan ianya berulang lagi. Kali ni dalam bilik air. Dia ajak aku mandi,
aku ikutkan jugak. Mandi je kan. Itu pemikiran budak berumur 6 tahun.
Kali ni dia tak cabul, kali ni dia r0g0l aku.

Sekali lagi tak perlu aku cerita. Sebab aku dah nak nangis. Nanti aku
dah tak boleh nak menaip. Cukuplah aku cakap mata aku ni
ternampak-nampak lagi air mani dia kat ‘situ’.

Celaka betul kan? Nampak? Aku termaki lagi.

Aku tak ingat perasaan aku masa tu. Tapi aku tau masa tu aku mesti
sakit. Sekarang pun aku masih lagi sakit . Sakit hati. Macam ada seketul
batu besar hempap dada ni tiap kali teringatkan peristiwa tu. Tak ada
sapa boleh tolong aku alihkan batu yang hempap dada ni. Walaupun dah 25
tahun berlalu.

Akhirnya, perkara jahanam tu berhenti bila mak ayah aku pindah. Aku
terselamat dari berterusan jadi mangsa nafsu serakah dia.

Ini bab aku meningkat dewasa.

Bila dah menginjak dewasa, sedarlah aku yang aku bukan lagi suci.
Sedarlah aku yang aku dah dicabul, dir0g0l. Hiduplah aku dalam memori
duka tu.

Nak mengadu? Nak bercerita pada keluarga? Aku tak sanggup. Nanti boleh
pecah belah keluarga dan aku tak nak jadi penyebab berlakunya perkara
sebegitu. Jadi aku diamkan. Aku pendam.

Tapi kebencian aku pada dia makin menjadi-jadi. Bila dengar nama dia pun
aku dah mengigil-gigil sakit hati. Apa lagi kalau tengok muka dia. Dalam
hati selalu berdoa, janganlah aku jumpa dia lagi. Aku benci.

Doa aku ditolak. Pada raya sewaktu umur aku 19 tahun dia datang rumah.
Aku tau tu dia walaupun dah berbelas tahun. Muka dia tak banyak berubah.
Sah, tu memang dia! Macam ada petir yang memanah aku, aku terkejut bila
bukak pintu rumah muka dia yang tersembul.

Ya Allah apa lagi yang Kau nak uji aku ni?

Kenapa lepas bertahun-tahun Kau temukan balik aku dengan dia?

Aku berlari masuk bilik macam orang nampak hantu. Tutup pintu
rapat-rapat, kunci. Pastu terdengar lagi suara dia bergelak ketawa dekat
depan dengan mak ayah aku.

Menggelegak otak aku masa tu. Nak je aku jerit mak, ayah! mak ayah tau
tak masa along kecik dulu dia r0g0l along! Nak je aku jerit. Tapi suara
tersekat kat kerongkong. Time tu jugak aku menangis sebab terlalu sakit
hati tapi tak ada apa yang aku mampu buat.

Mak ketuk pintu suruh buat air, aku cakap aku mengantuk nak tidur. Mak
cakap tak baik tetamu datang tu. Potpetpotpet mak. Last-last aku keluar.
Jalan terus langsung tak pandang arah ruang tamu. Dalam aku jalan terus
ke dapur aku tau dia tengah tengok aku. Makin mendidih otak aku.

Bila aku hidangkan air aku langsung tak pandang dia tapi aku tau mata
dia tengah nakal duk tenung aku.

Aku benci bila dia pandang aku. Ak benci bila mata dia pandang segenap
tubuh aku. Aku benci. Nak je aku korek-korek mata tu bagi anjing makan.
Bertapa sakitnya hati aku masa tu tuhan je tahu.

Lepas tu aku tak jumpa dia lagi dah. Ingatkan dah m4ti, tapi raya
beberapa tahun lepas tu dia datang lagi. Kali ni dia dah beristeri. Ada
anak perempuan sorang.

Ohh kau ada anak perempuan ye? Nanti kalau anak kau kena macam aku kena
baru kau tau erti penyesalan.

Jahat kan aku? Anak dia tak bersalah langsung. Tapi sebab benci aku
secara tak sengaja doakan benda yang tak baik pada anak perempuan dia.
Maafkan aku Ya Allah. Aku terlepas kata.

Pada isteri dia plak, kalaulah dia tau suami dia seorang per0g0l macam
mana? Anak dia plak? Kalau dia tau ayah die seorang ped0fil? Per0g0l?

Kalau aku bukak mulut memang huru hara rumahtangga dorang. Memang pecah
belah keluarga kitorang. Kan?

Aku bukannya suka dia terlepas atas perbuatan dia. Tapi aku pikir dari
pelbagai sudut.

Jadi aku ambik keputusan tak pelah, selagi aku larat simpan aku simpan.
Kat dunia dia lepas, akhirat esok-esok dia tanggung la.

Aku macam ni lah. Masih trauma. Masih tak boleh lupakan apa yang jadi.

Pernah masuk wad sebab telan pil tahan sakit 2 papan dengan air coke.
Mak aku masuk bilik tengok tangan aku dah sejuk.

Ini terjadi masa umur aku 20. Pernah minum clorox, masa umur aku 23.
Tetap tak m4ti walaupun sakit dia dasyat. Aku ingat aku dah m4ti time
tu. Tapi Allah sayang aku. Belum sampai masa untuk Dia ambik aku. Lengan
aku? tak terkira parutnya. Start dari aku belasan sampai lah 20-an.

Sampai sekarang masih segan kalau lengan aku terdedah, kalau aku
terpaksa selak lengan baju dan sebaginya. Bila ditanya kenapa aku buat
apa aku buat? Aku tetap membisu.

Sekarang umur aku dah 31tahun. Dah bersuami dan dah ada anak. Suami aku
tahu. Aku cerita. Dia terima aku seadanya tanpa pernah mengunkit apa
yang dah jadi pada aku. Walaupun ada masa hari gila aku datang, dia
tetap sabar dengan aku.

Ye, betul. Aku ada hari gila. Sampai la sekarang. Bila hari tu sampai
aku tak boleh kawal diri. Aku sakiti diri sendiri. Aku timbul rasa nak
bvnvh diri dan sebagainya.

Kereta tengah jalan? Aku bukak pintu dan lompat turun. Aku tengah masak?
Bila gila aku datang aku ambik pisau lari masuk bilik kunci pintu.

Macam nak gila suami aku ketuk pintu pujuk aku menangis-nangis takutnya
aku aniaya diri aku sendiri. Korang nampak tak apa yang aku alami apa
yang aku tanggung selama ni?

Aku berdoa semoga takkan ada lagi mana-mana budak perempuan yang terima
nasib sama macam aku.

Buat suami aku, terima kasih abang. Tanpa abang, sayang rasa sayang dah
tak ada kat sini.

Buat si pelaku, sampai m4ti aku tak maafkan. Hiduplah kau dengan memori
apa yang kau dah buat pada aku.

Diriku mawar pudar warna,

Tiada lagi yang istimewa,

Dapat dipersembahkan,

Menjadi satu lambang sucinya percintaan.

– Laila Isabela (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Tags: , , , ,

Category: JENAYAH, KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *