Allahu.. Kaki Seorang Wanita Hancur Dig!lis Forklift. | Bayan Lepas: Wanita warga emas kehilangan kedua-dua belah kaki selepas digilis trak angkat susun (forklift) dalam kejadian di Kompleks MASKargo, di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa, Jami @Jumi Shariff, 75, dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Barat Daya, Leftenan (PA) Noor Azizan Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.16 tengahari.

Katanya, empat anggota bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan.

“Kita mendapat maklumat mengenai kejadian itu dan ketika tiba di lokasi didapati kedua-dua belah kaki mangsa yang berusia 75 tahun hancur digilis jentera berkenaan.

“Anggota pasukan kemudian memberi rawatan awal dengan membuat balutan dan memasang alat sokongan pada kaki mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Noor Azizan berkata, ketika diberi rawatan, mangsa masih berada dalam keadaan sedar.

“Mangsa juga berada dalam keadaan stabil ketika dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya lagi.

Terdahulu, video kejadian itu turut tular di media sosial dan mendapat perhatian warganet.

Video berdurasi 15 saat itu memaparkan mangsa yang sedang berjalan di kawasan kargo itu dilanggar trak angkat susun.

Difahamkan mangsa bekerja sebagai pekerja di bahagian pembersihan di kawasan itu tinggal di Sungai Burung, Balik Pulau.

 

 

Sumber : HM

 

 

ARTIKEL LAIN UNTUK DIBACA

NGERI. Kanak-Kanak Usia 2 Tahun Maut Digilis Traktor Bapa. | Seorang kanak-kanak berusia dua tahun meninggal dunia dalam kemalangan ngeri. Kemalangan itu berlaku akibat bapanya secara tidak sengaja menggilis mangsa dengan sebuah traktor. Nasihat kepada semua, jika ingin untuk mengundurkan kenderaan anda, pastikan tiada anak-anak yang bermain berdekatan. Kerana risau berlakunya kemalangan sebegini. Baca berita penuh di bawah.

BANGKOK – Seorang lelaki di wilayah Chon Buri, Thailand secara tidak sengaja menggilis anak perempuannya menggunakan sebuah traktor yang mengakibatkan mangsa meninggal dunia, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kemalangan ngeri itu berlaku di sebuah ladang di daerah Bowin, Khamis lalu.

Polis segera bertindak balas terhadap kejadian tersebut dengan menahan bapa berusia 27 tahun itu yang kecewa atas kematian anak perempuannya yang berumur dua tahun.

Lelaki tersebut memberitahu penyiasat bahawa dia sebelum ini telah melarang anak perempuannya bermain di sekitar traktor dan menasihati mangsa agar menjauhinya ketika dia mengendalikannya.

Ketika kejadian, lelaki itu dikatakan menggunakan traktor tersebut untuk mengalihkan timbunan kotoran di mukim That Thong. Selepas menerima laporan, polis bergegas ke lokasi tersebut bersama anggota penyelamat.

Namun, kanak-kanak berkenaan dilaporkan mati di tempat kejadian akibat digilis. Akhbar Pattaya News melaporkan bahawa mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan sudah meninggal dunia ketika anggota penyelamat tiba.

Pegawai polis kemudian membawa suspek ke Balai Polis Bowin untuk disoal siasat.

Mayat mangsa yang dalam keadaan hancur dibawa ke hospital untuk bedah siasat. – Agensi

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply