Ambulans Jatuh Tebing Ketika Dalam Perjalanan Mengambil Pesakit | Sebuah ambulans milik Kememterian Kesiahtan Malaysia telah dilaporkan mengalami kemalangan iaitu ambulans tersebut telah terbabas lalu jatuh tebing di Kilometer 16 Jalan Yong Peng-Muar, malam tadi.

Ambulans Jatuh Tebing Ketika Dalam Perjalanan Mengambil Pesakit

Kemalangan itu telah berlaku pada jam 9.35, dipercayai bahawa ambulans tersebut dalam perjalanan  dari Klinik Kesihatan Parit Yaani ke Parit Sulong untuk mengambil seorang pesakit.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata pemandu berumur 54 tahun dipercayai gagal mengawal ambulans itu setiba di tempat kejadian, sebelum kenderaan berkenaan terbabas ke kiri bahu jalan dan jatuh tebing.

Kemalangan itu menyebabkan pemandu berkenaan dan seorang pegawai kesihatan berusia 35 tahun yang berada di tempat duduk penumpang hadapan, mengalami kecederaan ringan. Kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat, untuk rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply