Ambulans Kemalangan Rempuh Lembu Berkeliaran

| September 28, 2020 | 0 Comments

Ambulans Kemalangan Rempuh Lembu Berkeliaran | Melaka: Ambulans yang dalam perjalanan menghantar pesakit ke Hospital Melaka merempuh seekor lembu yang melintas di Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di Kandang di sini, pagi tadi.

 

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, ambulans dari Klinik Kesihatan Sungai Rambai dalam perjalanan ke Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, seekor lembu melintas di laluan utama dan ambulans ketika itu dipandu di lorong kiri.

“Ambulans itu membawa pesakit lelaki berusia 40 tahun dan seorang Penolong Pegawai Perubatan (PPP).

“Akibat kemalangan itu, pemandu mengalami sakit di lutut kiri manakala pesakit dan PPP dilaporkan tidak cedera. Haiwan ternakan itu mati,” katanya.

Sementara itu, Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman mengingatkan pemilik dan penternak haiwan supaya tidak bersikap lepas tangan.

“Saya meminta penternak lembu supaya tidak melepaskan haiwan di kawasan luar dari kandang kerana keadaan itu boleh mengancam keselamatan orang ramai.

“Pihak berkuasa bukan saja boleh mengenakan kompaun malah sitaan ke atas haiwan juga akan diambil,” katanya.

Sumber : HMetro

Tags: , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *