Anak 60 Tahun Tergamak Pukul Ibu 91 Tahun | Polis menahan seorang lelaki kerana memukul ibunya yang berusia 91 tahun sehingga mengalami kecederaan di muka.

Kejadian Dirumah Panjang

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata suspek berusia 60 tahun itu ditahan kira-kira pukul 3 petang semalam, susulan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Selangau pada pukul 11 malam, 14 Julai lepas.

Katanya kejadian dilaporkan berlaku di sebuah rumah panjang di Selangau.

“Tangkapan telah dibuat terhadap suspek dan kes masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Muhamad Rizal menambah mangsa juga telah diberi rawatan di Klinik Kesihatan Selangau dan kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.

Susulan itu, katanya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Pukul Mangsa Guna Tangan

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya turut mengesan satu video mengenai kejadian berdurasi 26 saat yang tular di Facebook, semalam yang memaparkan suspek memukul mangsa menggunakan tangan.

Justeru, beliau menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan video mengenai kejadian kerana boleh mengganggu siasatan.

Selain itu, katanya orang ramai juga disaran agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran dan menggugat ketenteraman awam.

Sumber : Kosmo

Baca Juga Artikel Ini :

Selepas Kahwin Baharu, Ibu Tergamak ‘Buang’ Anak 11 Tahun

Selepas Kahwin Baharu, Ibu Tergamak ‘Buang’ Anak 11 Tahun | Seorang ibu tergamak ‘membuang’ anak perempuannya yang berusia 11 tahun kerana tidak mahu menjaganya selepas berkahwin dengan suami baharu.

Suami Baharu Dakwa Anak Bermasalah

Bukan itu sahaja, suami yang dikahwini tidak sampai setahun tidak mahu kanak-kanak tersebut selain mendakwa anak itu bermasalah.

Perkara itu diceritakan oleh seorang lelaki pada Facebook Herman Sudil yang merupakan salah seorang pengurus sebuah Pertubuhan Kebajikan TBQ Amal di Johor.

“Budak perempuan 11 tahun emak buang tak nak jaga sebab suami baharu yang tak sampai setahun kahwin tak nak anak ini. Bapa tiri kata anak ini ‘masalah’.

“Tolonglah jadi emak jangan ‘kebulur jantan’ sampai sanggup buang anak sebab tak nak suami marah. Ada sebab mengapa anak perempuan ini tak nak duduk dengan bapa tiri dia.

“Sanggup tunggu emak balik kerja 11 malam, kelaparan dari balik sekolah tengah hari dan tunggu di luar sebab tak nak ada serumah dengan bapa tiri. Kalau lari rumah, tak nak balik pergi rumah cikgu sekolah wanita, bukan lepak dengan kawan,” katanya pada hantaran tersebut.

Anak Takut Tinggal Dengan Bapa Tiri Baru

Dalam pada itu, Herman mempersoalkan si ibu sama ada tidak boleh berfikir berkemungkinan terdapat sesuatu yang menyebabkan anaknya tidak mahu tinggal serumah dengan bapa tiri tanpa kehadiran emak.

“Ini bapa tiri kedua. Sebelum ini bapa tiri yang lain okay saja, dia tak buat masalah. Tolonglah jadi orang tua pertahankan anak.

“Jangan pandai buat anak, tetapi bodoh menjaga anak. Jangan sedap nak kahwin saja, tetapi bodoh nak pertahankan anak.

“Pengurus wanita kami tengah selesaikan di balai polis untuk ambil budak ini duduk di rumah perlindungan kanak-kanak TBQ Amal. Emak dia rela hati tandatangan apa-apa dokumen untuk serahkan anak dia,” katanya seperti nada kesal.

Herman berkata, beliau tidak faham dengan perangai ibu-ibu yang bertindak sedemikian.

“Minta maaf kalau ‘posting’ ini kali kasar sedikit, tetapi tak boleh ‘brain’ dengan perangai emak-emak yang bodoh. Saya yakin anak ini ada rezekinya yang Allah dah tetapkan dan insya-Allah tak akan miskin kita bila jaga anak ini,” katanya.

Sumber : Kosmo 

Share.

Leave A Reply