Hanya dikatakan berselisih faham, anak kepada seorang ahli Parlimen di negeri ini didakwa tergamak menumbuk kenalan lamanya.

Anak Ahli Parlimen Didakwa Cederakan Rakan Akibat Selisih Faham

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah di Pernu, dekat sini, pada 2 Mei lalu.

Difahamkan, kejadian berlaku sekitar jam 12.30 tengah malam selepas lelaki itu menghubungi mangsa berusia 49 tahun.

Lelaki itu turut mengeluarkan kata-kata kesat serta memintanya datang ke rumahnya.

Menurut sumber, perselisihan faham berlaku antara lelaki itu dengan mangsa yang dikatakan bersikap kurang ajar terhadap ibunya ketika berada di sebuah kedai ikan bakar di Umbai sebelum itu.

“Ketika sampai di rumah berkenaan berlaku pertengkaran antara mereka sebelum lelaki itu menumbuk kepala mangsa.

“Malah lelaki itu juga dikatakan menghantukkan kepalanya ke muka mangsa hingga menyebabkan kecederaan di bahagian hidung serta meludah mukannya,” dakwa sumber.

Difahamkan, mangsa ada meminta untuk bertemu dengan ibu lelaki itu untuk mengetahui dakwaan itu.

Namun, dia dihalau keluar oleh adik lelaki pelaku.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat pengadu pada 6 Mei lalu di Balai Polis Kandang.

Belaiau berkata, pihaknya membuka siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

“Setakat ini polis sudah selesai merakam keterangan individu terbabit dan kedua-dua mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain.

“Namun, saya tidak dapat mengulas lanjut kerana siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply