Anak Menangis Di sisi Mayat Ibu.

| June 17, 2020 | 0 Comments

Anak Menangis Di sisi Mayat Ibu. |Wanita Myanmar maut selepas ditikam suaminya dalam kejadian di Kampung Gong Garu, Gaal di Pasir Puteh pagi hari ini.

Dalam kejadian 9.30 pagi itu, Noor Begum Dil Muhammad, 28, etnik Rohingya meninggal dunia di tempat kejadian selepas ditikam suaminya berusia 32 tahun yang juga warga Myanmar menggunakan pisau pemotong sayur.

Lebih menyedihkan kejadian ngeri itu berlaku di hadapan dua anak mereka berusia tiga dan empat tahun.

Jiran mereka, Maimun Chik, 47, berkata, dia sedang membasuh pinggan di dapur rumahnya yang terletak bersebelahan dengan rumah pasangan itu sebelum terdengar bunyi bising.

Menurutnya, dia sempat menyergah mereka sebelum keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku.

“Saya terkejut apabila melihat mangsa terbaring di depan rumah saya dalam keadaan berlumuran darah dan anak pula sedang menangis di sisi mayat ibunya.

“Saya memang kerap dengar mereka bergaduh namun tak sangka hingga boleh menyebabkan berlaku kejadian seperti ini ,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Maimun berkata, pasangan itu dan dua anak lelaki baru dua bulan tinggal di sebelah rumahnya dan sebelum itu dikatakan menetap di Jerteh, Terengganu.

Difahamkan, dua kanak-kanak itu sudah diambil sepupu mereka, manakala mayat wanita berkenaan dihantar ke Hospital Tengku Anis untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 10.30 pagi.

“Pemeriksaan awal terdapat dua kesan tikaman di badan dan masing-masing satu torehan di badan serta lengan kanan mangsa.

“Senjata tajam yang dipercayai digunakan suspek ditemui di lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya, suspek juga berjaya ditahan pada 3 petang di sekitar kawasan Kota Bharu.

Katanya, suspek akan direman pagi esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber : Mymetro

Tags: , , , , , , , ,

Category: INFORMASI, JENAYAH, KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *