Gelagat seorang murid lelaki di sebuah sekolah agama sesi petang mengantuk dan terduduk atas lantai membuat ramai geli hati.

Kanak-kanak tersebut terduduk di atas lantai sambil bermain kerusinya kelihatan penat dan mengantuk pada waktu kelas petang.

Perkongsian video melalui akaun TikTok @annis5454 yang juga ustazah kepada murid lelaki tersebut memaparkan anak muridnya sedang duduk berlunjur menahan mata daripada terlelap sambil mendengar beliau mengajar.

Sejurus video itu telah tular, rata-rata orang ramai meninggalkan pelbagai reaksi termasuklah rasa geli hati akan telatah murid lelaki tersebut.

“Sekolah agama petang ni memang mencabar sikit sebab nak fokus lagi, nak menahan mengantuk lagi, tabah la dik” komen seorang pengguna TikTok.

“Sekolah agama petang memang macam ni, mengantuk dia tu lain macam sikit, cikgu pun pelik bila dah mula duduk bersila di atas lantai,” komen pengguna TikTok yang lainnya.

“Akak puji semangat kau adik. Duduk ke, terlentang ke, tidak kisah asalkan diri mahu belajar,” komen pengguna itu.

@annis5454

Marah tolak tepi… janji awak nak belajar😍☺️ #fypシ

♬ original sound – Annis umi – Annis umi

Sementara itu, terdapat juga orang ramai khususnya para ibu mendapat jawapan mengapa baju anak-anak mereka selalu kotor dan comot.

“Macam itulah anak saya, dekat lutut dengan siku tidak payah cakaplah, kadang-kadang tertanya juga mereka ni pergi merangkak ke dekat sekolah, sekarang baru dapat jawapannya,” tulis pengguna TikTok itu.

“Macam mana lah hidup emak awak adik, makcik yang tengok baju kotor kamu pun boleh naik hantu, penat nak sental bagi putih balik ni,” kongsi pengguna yang lainnya.

“Agaknya anak saya macam ni ke, kotor baju dia amat sangat. Jenuh nak menyentalnya.” ujar salah seorang pengguna Tiktok tersebut.

Ramai netizen yang memuji kecomelan kanak-kanak tersebut dan menceritakan pengalaman mereka dan anak mereka ketika menghadapi kelas petang.

Setakat ini, perkongsian video yang tular itu telah meraih sebanyak lebih 100,000 tontonan, 4,076 tanda suka dan dihujani dengan pelbagai komen daripada orang ramai.

Sumber : Kosmo

 

Share.

Leave A Reply