Seorang anggota bomba yang tidak bertugas didakwa telah menampar seorang pekerja pandu lalu McDonald’s sebelum menyerbu masuk ke dalam restoran dan menembaknya.

Anggota Bomba Tembak Pekerja 'Drive-Thru' McDonald's. Puncanya Mengejutkan!

Kejadian dikatakan berlaku berikutan pertengkaran mengenai kupon diskaun.

Seorang lelaki dikenali sebagai Sarjan Paulo Cesar de Souza Albuquerque dirakam telah bercakap dengan pekerja McDonald Mateus Domingues Carvalho, 21, melalui tingkap pandu lalu pada 9 Mei.

Dalam klip itu, Albuquerque dilihat membuka pintu kereta Mercedesnya, meletakkan tangannya melalui tingkap dan memukul Carvalho, yang segera menjeling ke belakang.

Video kedua menunjukkan seorang pelanggan menceroboh masuk ke dalam kedai sambil memegang pistol.

Ketika itu, seorang lelaki berbadan tegap cuba menghalangnya tetapi gagal.

Video ketiga menunjukkan Carvalho jatuh di hadapan pelanggan yang terkejut sementara lelaki itu berlalu pergi, dengan pistol masih di tangannya.

Insiden itu berlaku di kawasan kejiranan Taquara di Rio de Janeiro awal pagi Isnin.

Anggota Bomba Tembak Pekerja 'Drive-Thru' McDonald's. Puncanya Mengejutkan!

Saksi kemudian mendedahkan bahawa mereka telah bertengkar mengenai kupon diskaun.

Anggota bomba itu telah membuat pesanan di pandu lalu, tetapi dia diberitahu akan mendapat diskaun apabila tiba masanya untuk membayar, dan bukan pada permulaan pesanan seperti yang tertera pada terma dan syarat kupon.

Berikutan tembakan di jarak dekat, Albuquerque didakwa telah melarikan diri dari tempat kejadian.

Manakala, Carvalho segera dibawa ke hospital oleh pihak polis.

Lelaki itu memerlukan pembedahan untuk kecederaan di perutnya dan buah pinggang kirinya terpaksa dibuang.

Semasa laporan ini, dia masih dirawat di Hospital Lourenco Jorge dalam keadaan stabil.

Albuquerque dikatakan telah menyerahkan dirinya ke balai polis di Taquara pada petang Isnin.

Peguamnya, Sandro Figueiredo mendakwa bahawa senjata api anak guamnya dilepaskan secara tidak sengaja.

Jabatan Bomba telah menggantung lesen Albuquerque dan telah membuat siasatan dalaman terhadap kelakuannya.

Dia telah dibebaskan oleh pihak polis semasa dalam siasatan.

Sumber: Mirror

Share.

Leave A Reply