Anggota Polis Alor Setar Meninggal Dunia Ketika Ops Covid-19. Ini Puncanya.

| March 23, 2020 | 0 Comments

Anggota Polis Alor Setar Meninggal Dunia Ketika Ops Covid-19. Ini Puncanya. | Seorang anggota polis di Alor Setar meninggal dunia ketika Ops Covid-19. Ini puncanya. Mungkin dah tiba ajal. AL FATIHAH.

Terjatuh Ketika Berehat Selepas Bertugas

Dukacita dimaklumkan salah seorang anggota polis yang terlibat Op Covid-19 telah meninggal dunia. Hal ini disahkan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar sebentar tadi.

Menurut laman rasmi Polis Kota Setar, Allahyarham Koperal Mohd Masri Maguni dari Balai Polis Anak Bukit telah terjatuh ketika berehat selepas bertugas di sekatan jalan raya Op Covid-19 pada 21 Mac yang lalu.

Kejadian berlaku sebelum Allahyarham menyambung tugasan seterusnya, tulis laman berkenaan.

Lantaran itu, orang ramai mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham dan mendoakan buat roh beliau. Antaranya yang kawan dan taulan.

Abdullah Ibrahim : Salam Takziah.. seorang anggpta yg rajin dan ringan tulang, peramah mesra dgn semua org.. mudah mintak tolong…kehilangan seorang sahabat yg rapat.. semoga Arwah ditempatkan bersama dengan orang yang beriman dan beramal soleh.. InnShaaAllah.. aamiinn

Ngk King : Salam takziah buat sekeluarga.. Kami rakyat Malaysia memohon maff kepada keluarga beliau.. Beliau jaga kami dah negara kita..wahai rakyat Malaysia tolong #stayhome pls.. Tengok banyak barisan hadapan telah korbankan utk kita di luar.. Kita nk berada rumah susah banyak alasan nk keluar tolong beri rehat kepada barisan hadapan.. Jgn kita pi kecoh kecoh di luar sana..

Shahidan Kedah : AL FATIHAH…Salam Takziah kepada keluarga arwah….Semoga arwah dirahmati allah …Aminnn…Pada petugas diharap bersabar dan berhati hati semasa menjalankan tugas ….

Honey Neyta : Al Fatihah…semoga tenang dan damai di sana.. Aamiin. Dan kepada semua Anggota yang bertugas OP Covid 19….saya doakan semoga dilindungi…..Aamiin

Zainab Din : Innalillah ….semoga rohnya dicucuri rahmat…bertugas untuk bangsa & negara

Takziah buat keluarga dan sahabat beliau. Semoga Allah tempatkan roh Koperal Mohd Masri Maguni dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh serta memberi kekuatan buat ahli keluarga.

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Ya Allah. Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan maafkan kesalahannya.

LAGI INFORMASI

Seorang anggota polis yang pitam ketika melakukan penugasan Op COVID-19 di Kepala Batas, Sabtu lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata anggota terbabit, Koperal Mohd Masri Maguni, 58, yang bertugas di Balai Polis Kepala Batas meninggal dunia pada jam 5.20 pagi tadi, selepas tiga hari menerima rawatan.

Mohd Rozi berkata, anggotanya itu meninggal dunia bukan akibat dijangkiti COVID-19 tetapi mengalami tekanan darah tinggi.

Dalam kejadian Sabtu lalu, anggota polis terbabit dikatakan rebah secara tiba-tiba ketika menjalankan tugas Op COVID-19 itu.

Allahyarham yang ketika itu mengalami kebas kaki, tangan dan pening kepala dikejarkan ke HSB selepas terjatuh di lokasi kejadian jam 4 petang.

Sumber: Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar via Siakapkeli

Tags: , , , , , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *