Anggota Polis Antara Tiga Yang Cedera Manakala Seorang Pemandu Lori Maut Kemalangan

| July 8, 2020 | 0 Comments

Anggota Polis Antara Tiga Yang Cedera Manakala Seorang Pemandu Lori Maut Kemalangan | Pemandu lori maut manakala tiga lagi cedera termasuk seorang anggota polis dalam kemalangan di Kilometer 383 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berdekatan Muallim, awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 2.14 pagi tadi.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River dibantu oleh BBP Tanjung Malim dikejarkan ke tempat kejadian.

“Kejadian membabitkan lori lima tan dengan lori muatan komputer yang berhenti ketika pihak polis sedang melakukan pemeriksaan ke atas pemandu.

“Ketika anggota polis melakukan pemeriksaan terhadap lori membawa muatan komputer, dipercayai lori lima tan melanggar belakang kenderaan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan pemandu dan kelindan lori lima tan tersepit dan cedera. Katanya, pemandu lori muatan komputer disahkan maut di tempat kejadian manakala seorang anggota polis cedera.

Menurutnya, mangsa yang maut dan cedera dihantar ke Hospital Slim River untuk tindakan selanjutnya.

Sumber : HMetro

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *