Putrajaya: Anggota polis meninggal dunia selepas digilis kenderaan lain di Kilometer 37.7 Lebuhraya Elite arah utara, hari ini.

Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kemalangan berlaku pada 6 pagi, dengan mangsa, Lans Koperal Amirul Faiz Mohammad Ali, 31, bertugas di Istana Negara.

Katanya, ketika kejadian, mangsa dari arah Melaka menghala ke Jalan Duta, Kuala Lumpur.

“Motosikal jenis SYM ditunggang hilang kawalan dan terlanggar besi penghadang jalan, yang menyebabkan mangsa terjatuh di lorong paling kanan.

“Akibatnya, mangsa digilis kenderaan lain yang belum dipastikan,” katanya hari ini.

Menurutnya, motosikal mangsa rosak di bahagian kanan hadapan, lampu belakang dan lain-lain.

“Mayat dihantar ke Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987,” katanya.

Sumber: Harian Metro

 

Anggota Polis Maut Nahas Enam Kenderaan

Dua lelaki maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Kilometer 134.7 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah Selatan di Pagoh, pagi tadi.

Anggota Polis Maut Nahas Enam Kenderaan

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata kejadian jam 4.45 pagi itu melibatkan tiga lori kontena, sebuah bas, sebuah treler dan sebuah kereta.

Beliau berkata, mangsa yang maut ialah pemandu lori kontena, K Gunalan, 45, dan pemandu Proton Wira, Senawi Jelani, 55, anggota polis di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Jelasnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai ketika lori kontena dari arah Klang menghala ke Johor Bahru, melanggar sebuah Proton Wira yang secara tiba-tiba keluar dari susur kawasan rehat dan rawat (RNR) Pagoh arah selatan.

Difahamkan, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Orang ramai yang melihat kejadian ini diminta hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Beliau turut menasihati pengguna jalan raya lebih berhati-hati dan sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan.

Anggota Polis Maut Nahas Enam Kenderaan

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Penolong Penguasa Mohd Fadli Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 4.48 pagi.

Jelasnya, tindakan awal operasi adalah mengeluarkan mangsa yang maut dan tersepit dalam kenderaan masing-masing.

Katanya lagi, mangsa cedera diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan, manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Seramai 16 anggota bomba, satu jentera FRT, satu jentera LFRT dan satu unit EMRS dari BBP Pagoh dan Bukit Gambir dihantar ke tempat kejadian. Operasi kemudian ditamatkan pada jam 7.09 pagi.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply