SERIAN – Seorang anggota polis maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan di kilometer 42 Jalan Kuching-Serian, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintenden Aswandy Anis berkata, dalam kemalangan yang dilaporkan berlaku kira-kira jam 6.35 pagi itu, kereta Honda yang dipandu mangsa turut terputus dua.
Katanya, mangsa dikenali sebagai Konstabel Mohd. Shamezad Mohd. Salehuddin, 28, dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian.
“Siasatan mendapati kenderaan dipandu mangsa dari arah Kuching menuju ke Serian telah hilang kawalan lalu melanggar besi pembahagi jalan dan seterusnya melanggar simen konkrit hujung Jambatan Sungai Samarahan.
“Akibat kemalangan tersebut, mangsa tercampak keluar di tepi jalan atas Jambatan Sungai Samarahan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Aswandy berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak pamaredik Hospital Serian, manakala mayatnya kemudian dibawa ke hospital tersebut untuk dibedah siasat.
Baca Juga: Pegawai Polis M4ut Kemalangan Ngeri, Kepala Terputus Rempuh Penghadang Jalan
Seorang pegawai polis dilapor terputus kepala selepas kereta yang dipandunya merempuh penghadang jalan dalam kejadian di Thailand, lapor The Thaiger.
Pegawai yang berusia 30 tahun itu dilaporkan terbunuh di lokasi kejadian apabila penghadang sepanjang 10 meter yang dirempuh menusuk bahagian pemandu dan mengheret keretanya sebelum melanggar tiang elektrik di hujung jalan.
Kepala terputus kereta terbabas
Menurut laporan tempatan, kemalangan ngeri itu berlaku sekitar jam 12:15 pagi di hadapan sebuah sekolah di wilayah tengah Chai Nat.
Memetik Thaiger, insiden tersebut berlaku apabila mangsa memandu pulang dari tempat kerja (dalam keadaan yang laju) dan cuba memotong kereta di hadapannya.
Malangnya, kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh penghadang lalu lintas di sebelah kiri jalan.
Akibat hentakan yang kuat, penghadang tersebut dikatakan telah tersasar dari tempat asal lalu mengheret keretanya.
Malah, kejadian serupa dilapor berlaku pada 7 Februari di Jalan Sa Boat-Chai Badarn di wilayah tengah Lopburi yang melibatkan seorang lelaki berusia 29 tahun (pemandu) dan penumpangnya berusia 18 tahun yang disahkan terkorban.
Susulan itu, pemandu dikatakan melarikan diri dari kemalangan dan hanya mengalami kecederaan ringan. Bagaimanapun, punca kemalangan masih dalam siasatan selain pemandu diarahkan untuk menjalani ujian dadah dan alkohol.
Dalam kejadian yang lain berlaku sekitar dua minggu lalu melibatkan seorang pegawai polis yang dipercayai mabuk telah merempuh sebuah kereta di daerah Bang Khen, Bangkok.
Tiga daripada empat orang mangsa yang cedera disahkan mengalami cedera parah dan dihantar ke hospital untuk rawatan susulan.
Menurut rekod data dari Thai Road Safety Collaboration (Thai RSC), seramai 2,099 orang terkorban akibat kemalangan jalan raya di Thailand sepanjang 1 Januari hingga 15 Februari tahun ini.
Manakala, seramai 106,133 orang yang mengalami kecederaan dalam tempoh yang sama malah, Chiang Mai dikatatakan wilayah yang mempunyai rekod kemalangan yang tertinggi.
Sumber: KMN