Anggota Trafik Maut Motosikal Rempuh Tiang Plaza Tol

| April 19, 2021 | 0 Comments

Anggota Trafik Maut Motosikal Rempuh Tiang Plaza Tol | Seringkali kes kemalangan yang membabitkan nyawa anggota polis kini tular di media massa. Hal itu juga turut berlaku kepada seorang anggota polis trafik yang maut setelah motosikal yang ditunggangnya melanggar tiang di plaza tol.

Anggota Trafik Maut Motosikal Rempuh Tiang Plaza Tol

Seberang Perai: Kejadian yang membabitkan seorang anggota polis trafik maut itu berlaku akibat motor yang ditunggangnya melanggar tiang kiri jalan yang berhampiran laluan motosikal di susur masuk Jambatan Pulau Pinang, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pada pukul 5.05 petang semalam, mangsa Muhammad Haikal Shaffik Abdul Rahim, 31, meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Difahamkan, mangsa yang mempunyai pangkat Lans Koperal itu bertugas sebagai anggota trafik di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Daerah Kuala Muda, Kedah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai, Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, ketika kejadian mangsa menunggang di laluan motosikal dari arah Perai menuju ke bahagian pulau yang dipercayai dalam perjalanan untuk pulang ke rumahnya di Sungai Batu, Teluk Kumbar, Bayan Lepas.

Menurutnya, kejadian yang berlaku itu membabitkan sebuah motosikal yang ditunggangnya jenis Yamaha Y15 dari arah Perai menuju ke pulau telah terbabas dan melanggar tiang plaza tol di sebelah kiri.

Jelasnya lagi, tempat kejadian yang telah meragut nyawa seorang anggota polis trafik itu dikatakan jalan lurus yang mempunyai satu lorong sahaja.

“Akibat kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Kosmo

Tags: , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *