Angka Kematian Akibat Covid-19 Di Malaysia Terus Meningkat Terkini 23 orang. TAKZIAH.

| March 26, 2020 | 0 Comments

Angka Kematian Akibat Covid-19 Di Malaysia Terus Meningkat Terkini 23 orang. TAKZIAH.| Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian ke-22 merupakan kes ke-1797, lelaki warga Malaysia berumur 48 tahun.

Beliau memberitahu, pesakit menghadiri perhimpunan di Seri Petaling dan mempunyai kontak rapat dengan kes positif, serta mempunyai latar belakang penyakit kronik.

“Kes kematian ke-23 merupakan kes ke-1840, lelaki warga Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kronik.

“Kes tersebut masih dalam siasatan sekiranya mempunyai kaitan dengan mana-mana kluster Covid-19,” katanya pada sidang media, Khamis.

Mengenai perkembangan terkini, Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 235 kes baharu Covid-19 direkodkan setakat pukul 12 tengah hari Khamis, menjadikan keseluruhan 2,031 kes.

“Daripada jumlah itu, 60 kes baharu itu daripada kluster perhimpunan di Seri Petaling, bakinya 175 dalam siasatan,” katanya.

Beliau menambah, terdapat 16 kes yang telah pulih dan dibenarkan pulang, menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh sebanyak 215 kes.

Sementara itu, sebanyak 45 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

“32 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan pernafasan,” ujar Dr Noor Hisham.

Sumber : Mstar

Tags: , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KESIHATAN, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *