Anjing ‘Makan’ Tuan, Serang Kanak-Kanak 4 Tahun Sehingga Maut | Anjing terkenal sebagai haiwan yang boleh menjadi rakan kepada manusia, namun lain yang terjadi kepada sebuah keluarga selepas seorang kanak-kanak berusia 4 tahun dilaporkan maut kerana diserang anjing peliharaan keluarganya di kediaman mereka di Texas, Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Mangsa dikenali sebagai Elyah Brown ditemui di mati laman rumahnya serta ditemui dengan kesan kecederaan teruk di bahagian tubuhnya sejurus membuat pemeriksaan di Pusat Perubatan Kanak-Kanak Cook.
Polis kini sedang melakukan siasatan berkenaan punca kejadian menyayat hati itu dan dilaporkan anjing kacukan peliharaan ayah Elyah telah ditangkap dan dimatikan. Polis turut mengatakan bahawa pakar belum dapat memastikan baka kacukan anjing tersebut.
Halaman ‘Gofund’ milik keluarga mangsa juga telah berjaya mengumpul kutipan dana sebanyak $10,380 (kira-kira RM42,700) untuk membiayai urusan pengembumian serta hari memperingati Elyah. Menurut keluarhanya menerusi laman web tersebut, mangsa merupakan seorang yang cerdas, cantik serta sentiasa memberi inspirasi.
Walaupun tiada tuduhan dilaporkan akibat kematian tersebut namun Polis Fort Worth telah memberitahu bahawa unit antipenganiayaan kanak-kanak telah dimaklumkan mengenai kematian kanak-kanak tersebut.
Sumber: Astro Awani