Seorang pemimpin parti politik telah dikenal pasti menyebarkan sebahagian petikan video mengelirukan yang cuba memutarbelitkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Rakyat berhubung penggunaan minyak peket bersubsidi oleh ‘Makcik Goreng Pisang.’

Annuar Dakwa Ahli Politik Cuba Putar Belit Kenyataan PM

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, individu yang menyebarkan petikan video itu menerusi akaun media TikTok miliknya telah dikenal pasti oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Jelasnya, kita telah meminta SKMM mengambil tindakan susulan mengikut saluran dan peraturan yang biasa.

Sambungnya, beliau percaya ahli Parlimen semuanya mengikuti dengan baik (jawapan Perdana Menteri pada Isnin) dan ahli Parlimen semua tentunya gembira dengan penjelasan yang jelas diberikan oleh Perdana Menteri, ini dibuat oleh mereka yang bukan ahli Dewan Rakyat.

Pada Isnin, di Dewan Rakyat, ketika menjawab soalan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tindakan kerajaan dalam menangani ketirisan subsidi yang turut dinikmati warga asing dan golongan kaya, Ismail Sabri berkata minyak masak peket adalah untuk kegunaan domestik tetapi terdapat peniaga termasuk peniaga kecil yang turut menggunakannya.

Berita AKAN MENYUSUL..

Sumber: Sinar Harian 

Share.

Leave A Reply