Anonymous Malaysia Dakwa Beberapa Laman Web Kerajaan Telah Digodam

| January 31, 2021 | 0 Comments

Anonymous Malaysia Dakwa Beberapa Laman Web Kerajaan Telah Digodam | Baru-baru ini, Malaysia digemparkan dengan kemunculan semula kumpulan penggodam yang digelar Anonymous Malaysia setelah lebih lima tahun menghilang. Menerusi video yang dimuatnaik di laman Facebook Anonymous Malaysia, mereka memberi amaran untuk melakukan serangan siber terhadap laman web kerajaan yang dipanggil #OpsWakeUp21.

Anonymous Malaysia Dakwa Beberapa Laman Web Kerajaan Telah Digodam

Menerusi video tersebut, ia lebih kepada sebagai peringatan kepada kerajaan untuk memperkukuhkan lagi sistem keselamatan siber di Malaysia. Tidak dinafikan lagi bahawa banyak laman-laman web kerajaan yang lemah dalam sistem keselamatan siber sehingga terjadi beberapa isu seperti pencerobohan data sebanyak 46.72 juta nombor telefon rakyat Malaysia yang berlaku pada tahun 2017 dan juga serangan siber di laman Angkatan Tentera Malaysia pada tahun lepas.

Malangya, Anonymus Malaysia mendakwa pihak kerajaan tidak membantu para pembangun dan meningkatkan kemahiran dalam mengendalikan isu tersebut.

Kemudian, Anonymous Malaysia memuat naik satu lagi video dengan ayat “We Know Who You Are” mengenai dalang di sebalik penipuan melalui emel, SMS, panggilan telefon serta media sosial. Mereka berpendapat bahawa punca disebalik kes tersebut adalah dari penyedia servis dan data pengkalan dari kerajaan yang telah digodam dan dijual kepada pihak ketiga.

Anonymous Malaysia Dakwa Beberapa Laman Web Kerajaan Telah Digodam

Terkini, beberapa laman web milik kerajaan seperti laman web kerajaan Negeri Sabah, Majlis Perbandaran Selayang, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, CIDB dan Kerajaan Negeri Perak telah digodam. Godaman ini telah dilakukan oleh sekumpulan yang dinamakan sebagai Cyberpunk Team menerusi kiriman yang dimuat naik di Facebook. Godaman ini juga adalah sebahagian daripada amaran yang telah dinyatakan sebelum ini.

Anonymous Malaysia Dakwa Beberapa Laman Web Kerajaan Telah Digodam

Tinjauan kini mendapati sebahagian laman web tersebut telah berjaya dipulihkan kecuali laman web Kerajaan Negeri Perak yang dilihat masih tidak dapat diakses.

 

Tags: , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI, SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *