Anwar Beri Komen, PH Tiada Masalah Jika PM Dan Kerajaan Komited Tangani Covid-19 | Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi pandangan bahawa beliau dan PH tidak mempunyai masalah dengan pentadbiran Perdana Menteri baharu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jika pendekatan yang diambil kerajaan adalah fokus kepada usaha menangani krisis pandemik COVID-19, serta ekonomi rakyat.

Anwar Beri Komen, PH Tiada Masalah Jika PM Dan Kerajaan Komited Tangani Covid-19

Ketua Pembangkang serta Pakatan Harapan ini telah memaklumkan sendiri kepada Perdana Menteri bahawa PH sendiri bersedia untuk ketepikan dahulu ideologi politik demi menyelamatkan rakyat serta negara Malaysia.

Berikutan itu, beliau berharap agar Ismail Sabri serta jentera kabinet baharu, perlu komited untuk menyelesaikan masalah COVID-19 selain mewujudkan lebih banyak program bersifat pro-rakyat.

Beliau berpandangan bahawa Malaysia telah bermula dengan baik pada awalnya, justeru beliau ingin mengemukakan untuk menangani permasalahan yang lebih besar dalam hidup rakyat ketika Covid-19 dengn menjalankan program bersifat pro-rakyat secara besar-besaran seperti menyentuh permasalahan golongan miskin dan golongan yang kehilangan pekerjaan.

Bagi beliau, ia boleh diketepikan bagi mententeramkan dan mengurangkan suhu politik namun Perdana Menteri perlu memberi keutamaan serta fokus yang lebih kepada permasalahan rakyat.

Jaminan supaya keadaan politik lebih terkawal turut diberikan oleh beliau serta mengakui PH tidak ada masalah jika program pro-rakyat, program penanganan pandemik COVID-19 ini lebih berkesan.

Dalam pada itu, Anwar berkata, pihaknya menghargai keterbukaan Ismail Sabri dalam menjemput wakil blok pembangkang untuk sama-sama memberi pendapat dalam menangani isu yang sekian lama membelenggu rakyat dan negara itu.

Berikutan itu, Lim Guan Eng selaku bekas Menteri Kewangan turut membangkitkan beberapa isu spesifik iaitu khusus mengenai ekonomi termasuk moratorium bank.

Ditanya mengenai jawatan apa yang telah diberikan  kepada blok Pembangkang, Anwar menegaskan ia tiada dalam perbincangan mereka selain mengatakan bahawa ia bukanlah kerana jawatan namun khusus soal ekonomi rakyat.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply