Anwar Ibrahim Kekal Presiden PKR. Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai presiden dalam Pemilihan PKR apabila beliau tidak dicabar oleh sesiapa serta mengekalkan kedudukannya sebagai presiden bagi penggal 2022 hingga 2025. Baca seterusnya.

a

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim diisytiharkan menang tanpa bertanding dalam Pemilihan PKR kali ini selepas tidak dicabar sesiapa, sekali gus mengekalkan jawatan sebagai presiden bagi penggal 2022 hingga 2025.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

“Mengulangi sejarah Pemilihan PKR 2018, saudara Anwar sekali lagi menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini. Ini adalah penghormatan terbesar daripada akar umbi PKR.

“Saya dengan penuh takzim mengucapkan tahniah kepada saudara Anwar Ibrahim,” katanya.

Selepas keluar dari penjara, Anwar, 75, dilantik sebagai Presiden PKR pada 18 November 2018, dua bulan selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

Beliau kemudian dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) pada 14 Mei 2020 dan Ketua Pembangkang pada 18 Mei 2020, tiga bulan selepas peristiwa Langkah Sheraton.

Sumber: UTUSAN

Share.

Leave A Reply