Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan beliau ‘campur tangan’ dengan mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memberi keterangan berkenaan penyalahgunaan dana kerajaan.

Tegasnya, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM dan Jabatan Peguam Negara mengendalikan kes itu.

“Saya tidak campur tapi saya nak bagi tahu semua agensi termasuk SPRM dan Peguam Negara tengok kes. Jadi jika ada orang yang bersetuju ke tak bersetuju, tengok kes apa pendakwaan dan pertuduhannya. Kita belum tahu keputusan setakat ini dia hanya dipanggil,”katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak kononnya arahan SPRM memanggil Muhyiddin hanya bermotifkan politik .

“Tetapi untuk mengatakan semua kes yang kita ambil itu ada motif politik, kita tak bolehlah maknanya tangkap yang mana kes-kes rasuah lain yang besar-besar semua lepas.

Sebab itu saya kata kena lihat dulu ade kes atau tidak,” katanya selepas merasmikan Festival Taman Kuala Lumpur di ibu negara pagi tadi.

Ujarnya, sehingga kini beliau belum dimaklumkan sebarang maklumat terkini daripada SPRM berhubung perkara itu.

“Tapi saya nak tegaskan di sini semua orang yang mahu negara ini bersih daripada rasuah harus lihat kes satu per satu sama ada benar ada pendakwaan politik yang disebut atau pun berdasarkan fakta,” katanya.

Sumber : BuletinTV3

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Muhyiddin Dilarang Melancong Ke Luar Negara

Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin telah dihalang daripada ke luar negara, dokumen mahkamah yang difailkan oleh partinya, Bersatu.

Parti itu mencabar larangan perjalanan dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan di Mahkamah Tinggi.

“Larangan perjalanan itu dikenakan kerana Perdana Menteri Anwar Ibrahim bimbang Muhyiddin akan bercakap mengenai perubahan dan perkembangan politik di Malaysia di forum antarabangsa,” katanya dalam permohonan itu.

Muhyiddin telah dijadualkan untuk berucap di forum luar negara.

Bersatu mendakwa larangan perjalanan itu salah dikenakan ke atas Muhyiddin dan beliau tidak dimaklumkan.

Parti itu berkata bahawa larangan perjalanan itu bertujuan mencemarkan nama baik Muhyiddin dan seolah-olah ahli Parlimen Pagoh itu telah melakukan jenayah dan cuba melarikan diri.

Larangan perjalanan itu juga melanggar hak Muhyiddin di bawah Perlembagaan Persekutuan, kata Bersatu.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Bersatu telah memfailkan tindakan undang-undang terhadap keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membekukan akaun banknya.

Parti itu telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi semalam, mendakwa keputusan membekukan akaun banknya dilakukan dengan niat jahat.

Bulan lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan beberapa akaun bank yang dipegang Bersatu dibekukan sebagai sebahagian daripada siasatan agensi itu terhadap parti itu.

Siasatan itu dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan pakej rangsangan Covid-19 bernilai RM92.5 bilion oleh bekas kerajaan pimpinan PN.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply