Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabarnya untuk mendedahkan bukti di sebalik dakwaan penyelewengan perbelanjaan RM600 bilion oleh pentadbiran Perikatan nasional (PN) sebelum ini.

Anwar Ingatkan Muhyiddin Supaya 'Tak Cabar' Dirinya. 'Ini' Sebabnya..

Anwar ketika sidang media pertamanya selepas dilantik Menteri Kewangan hari ini, memaklumkan terdapat beberapa proses dan prosedur yang tidak dipatuhi semasa pemerintahan PN.

Beliau juga mendedahkan bahawa syarikat yang mempunyai kepentingan ‘membabitkan keluarga’ turut terbabit dalam penyelewengan perbelanjaan itu.

Beliau berkata, nak ingatkan Muhyiddin, jangan cabar (dirinya).

“(Tetapi) sebaik sahaja kami dicabar, kami perlu melihat (perkara ini),” katanya.

Semalam, Anwar ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet berkata pegawai Kementerian Kewangan mengesahkan terdapat pelanggaran serius prosedur berhubung dakwaan perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika pentadbiran kerajaan diterajui Muhyiddin.

Perdana Menteri berkata beliau sudah menyerahkan perkara itu untuk disiasat jabatan berkaitan bagaimanapun memaklumkan belum ada perbincangan di peringkat Kabinet sama ada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) akan ditubuhkan bagi menyiasat perkara itu.

Sebelum ini ramai mendesak supaya RCI ditubuhkan bagi menyiasat perbelanjaan Rm600 bilion ketika pandemik itu, selain laporan polis dibuat untuk menuntut siasatan diadakan.

Pegawai MoF Sahkan, Wujud Pelanggaran Prosedur Kerajaan Muhyiddin Libat RM 600b

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pegawai Kementerian Kewangan mengesahkan bahawa ada pelanggaran serius prosedur berhubung dakwaan perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika pentadbiran kerajaan diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Anwar Ingatkan Muhyiddin Supaya 'Tak Cabar' Dirinya. 'Ini' Sebabnya..

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet hari ini, Perdana Menteri berkata beliau sudah menyerahkan perkara itu untuk disiasat jabatan berkaitan.

Jelasnya, beberapa langkah menyiasat perbelanjaan yang tinggi, mencecah hampir RM600 bilion tanpa tender itu bukan urusan saya untuk putuskan.

Katanya lagi dalam satu kenyataan, MoF (Kementerian Kewangan) ada memberi makluman mengenai beberapa pelanggaran terbabit, tetapi ini terserah kepada siasatan untuk melihat sejauh mana pelanggaran, rasuah atau penyelewengan yang berlaku.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Mengulas sama ada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) akan ditubuhkan bagi menyiasat perkara itu, Anwar berkata perkara itu belum dibincangkan Kabinet.

Menurutnya, ia belum dibawa dan dibincang oleh Jemaah Menteri, saya serah kepada rakan-rakan Jemaah Menteri untuk menilai hal demikian.

Katanya, tapi setakat yang tahu dan diberi makluman, ada beberapa pelanggaran serius terutama bila luluskan projek, perolehan terlalu banyak, ‘marked up’ tinggi, parti-parti tertentu belanja tinggi menunjukkan keupayaan mereka berbelanja luar biasa.

Perdana Menteri berkata, secara peribadi beliau tidak cenderung untuk menumpukan hal atau perkara lama sebaliknya mahu menumpukan kepada pengurusan ekonomi dan tadbir urus negara.

Ujarnya, umpamanya beberapa langkah menyiasat perbelanjaan tinggi hingga RM600 bilion tanpa tender.

Tambahnya, itu bukan urusannya, tapi urusan Kementerian Kewangan untuk beri makluman tentang perbelanjaan itu, tapi kita serahkan kepada badan siasatan untuk sejauh mana pelanggaran rasuah berlaku.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor menegaskan tidak takut disiasat berhubung laporan polis dibuat beberapa pihak mendakwa beliau menyeleweng dana RM600 bilion.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu menerusi hantaran di Facebook menjelaskan tidak mungkin menyeleweng dana itu memandangkan ia adalah wang individu dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta bank, yang bukan di bawah kawalannya.

Beliau yang juga Presiden BERSATU juga menyatakan tidak pasti bagaimana angka RM600 bilion itu dipetik, jika pun merujuk kepada lapan Pakej Rangsangan Ekonomi diumumkan ketika menerajui kerajaan sebelum ini adalah bernilai RM530 bilion.

Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Muhyiddin, Datuk Dr Marzuki Mohamad, pula dilapor berkata dakwaan penyelewengan dana bernilai RM600 bilion sebenarnya tidak wujud dan sekadar perang saraf lapuk untuk memburukkan pentadbiran Muhyiddin.

Semalam UMNO menyokong penubuhan segera RCI bagi menyiasat dakwaan perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil, berkata menerusi RCI, ia dapat membuktikan ke mana wang digunakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan proklamasi darurat sepanjang Muhyiddin menjadi Perdana Menteri.

Sebelum ini, Pengarah Biro Mobilisasi AMANAH, Sany Hamzan, turut mendesak penubuhan RCI bagi menyiasat tujuan perbelanjaan digunakan daripada dana kecemasan RM600 bilion ketika tempoh darurat.

Sany yang juga ahli Parlimen Hulu Langat turut membuat laporan polis berkaitan isu berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 30 November lalu.

Kontroversi mengenai penggunaan dana kecemasan berjumlah lebih RM600 bilion ketika negara berdepan pandemik COVID-19 pernah dibangkitkan bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari pada 15 November lalu.

Adly dilaporkan berkata Pakatan Harapan (PH) akan menyiasat Muhyiddin jika gabungan parti itu berjaya membentuk kerajaan selepas PRU15.

Muhyiddin bagaimanapun menegaskan semua wang itu dibelanjakan untuk membantu rakyat dan beliau juga tidak bimbang atau takut jika ada pihak mahu menyiasatnya kerana menurutnya semua perbelanjaan dibuat mengikut dasar perolehan yang ditetapkan.

Pada 28 November lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi ciapan di Twitter berkata perbelanjaan langsung kerajaan hanya sebanyak RM110 bilion dan peruntukan itu diluluskan di Parlimen secara sebulat suara.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO turut menolak dakwaan bahawa pakej rangsangan tidak direkodkan dalam akaun kerajaan dari 2020 hingga 2022.

Sumber: Berita Harian, Berita Harian

Share.

Leave A Reply