APMM Tahan Kapal Tangki, Bot Tunda Berlabuh Tanpa Kebenaran | Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor menahan sebuah kapal tangki dan bot tunda bersama tongkang yang disyaki bersauh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur, di sini, semalam.

APMM Tahan Kapal Tangki, Bot Tunda Berlabuh Tanpa Kebenaran

Pengarah Maritim Malaysia Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria, berkata kapal tangki berdaftar dari Hong Kong itu ditahan pada kedudukan 12 batu nautika timur Tanjung Siang di sini.

Beliau berkata, bot tunda yang berdaftar nombor Singapura pula ditahan di 1.8 batu nautika Timur Tanjung Ayam di Kota Tinggi.

Penahanan kedua-dua vesel berkenaan dilakukan sekitar jam 12 tengah hari semalam berikutan laporan pengesanan diterima oleh Maritim Malaysia.

Katanya, penahanan ke atas bot tunda dan tongkang dikendalikan lima kru warga Indonesia yang berusia 29 hingga 50 tahun dan kesemua mereka mempunyai dokuman pengenalan diri yang sah.

Manakala penananan yang kedua iaitu kapal tangki yang terdiri daripada 21 kru warga Indonesia 23 hingga 58 tahun dan kesemua mereka juga mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Nurul Hizam, bagaimanapun kedua-dua nakhoda kapal itu didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh dan ketibaan di perairan negara ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 491B(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply