Suasana hiba menyusuri perkarangan Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), awal pagi ini.

Arwah Tidak Pernah Berhasrat Untuk Bersara. Ibu Saudara DEDAH Keperibadian Mangsa

Susulan ketibaan waris terdekat mangsa maut dalam nahas kejadian pesawat ringan terhempas di Jalan Raja Dr Nazrin Shah, dekat Medan Gopeng, di sini.

Ketibaan waris terdekat Allahyarham Leftenan Kolonel (B) Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, iaitu isteri, anak Allahyarham.

Mereka tiba dengan menaiki kereta dipandu anggota dari Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Kira-kira jam 1.25 pagi tadi, waris mangsa disambut kira-kira 20 individu terdiri dari saudara-mara serta kenalan rapat di perkarangan jabatan berkenaan.

Mereka difahamkan berlepas dari Semenyih, Selangor selepas dimaklumkan mengenai insiden nahas terbabit.

Keluarga terdekat Allahyarham itu, terdiri dari anak serta isterinya bagaimanapun tidak sempat untuk ditemubual pemberita.

Mereka terus meninggalkan jabatan itu kira-kira 15 minit selepasnya selesai berurusan dengan petugas di kaunter jabatan forensik HRPB.

Ibu saudara kepada Fajim Juffa yang enggan namanya dikenali, 54, sempat ditemubual ketika ditemui di situ.

Katanya, Allahyarham disifatkan seorang yang ceria, sangat mesra, pada masa sama seorang yang tegas.

Katanya, kali terakhir Fajim dan isteri bertandang ke kediamannya di Klebang Damai, di sini, Ramadan lalu yang mana Allahyarham meluangkan puasa untuk berbuka puasa di situ.

Umur mereka berdua yang tidak beza begitu jauh membuatkan mereka agak rapat sejak kecil.

Selepas Ramadan lalu, arwah ada memberitahu akan menziarahinya semula Aidiladha lalu, namun hajat itu tidak kesampaian.

Biarpun hubungan mereka rapat namun sepanjang pengetahuannya Allahyarham tidak pernah menyatakan hasrat untuk bersara daripada dunia penerbangan disebabkan minat mendalam sejak muda.

Emak arwah yang juga kakak sulung wanita itu, tidak begitu menggalakkan minat arwah disebabkan risau.

Memandangkan ayah kandung arwah juga terkorban dalam nahas membabitkan pesawat.

Arwah bapa Fajim terkorban dalam tragedi helikopter Nuri di Muara Sungai Lundu, Sarawak pada tahun 1989.

Allahyarham Fajim juga pernah dilaporkan media sebelum ini hilang selama beberapa hari.

Arwah tersangkut di atas pokok selepas pesawat MiG-29 dipandunya pada November 2004 terhempas.

Setakat temubual itu, beliau bagaimanapun belum menerima maklumat tuntas mengenai lokasi jenazah anak saudaranya itu bakal dikebumikan.

Walaupun keluarga terdekat arwah tiba awal pagi ini, namun beliau difahamkan proses bedah siasat hanya akan dimulakan kira-kira 10 pagi nanti.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply