Status Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Datuk Seri Asri Hamidin menjadi teka-teki apabila beliau tidak kelihatan ketika majlis sambutan hari pertama Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi semalam.

Datuk Seri Asri Hamidin.

Malah, ketika sidang media selepas program taklimat dengan Perdana Menteri yang dihadiri pegawai kanan Kementerian, Anwar turut menyebut perbincangan mengenai kedudukan penasihat kewangan negara dengan KSP baharu.

Beliau yang diminta mengulas mengenai kedudukan penasihat khas kewangan yang diketuai Tan Sri Mohd Hassan Marican, menyatakan sebarang perkara termasuk keahlian dan akses terhadap maklumat kewangan negara akan dibincangkan dengan pegawai kanan kementeriannya serta KSP yang baharu.

Anwar ketika mengadakan pertemuan dengan pegawai dan staf Kementerian Kewangan, pagi tadi. - Foto ihsan Facebook Anwar Ibrahim

“Dan sudah tentu kami akan merujuk berbincang dengan pegawai kanan berkaitan dan KSP baharu,” katanya.

Anwar bagaimanapun tidak menyatakan siapa KSP baharu itu manakala hantaran melalui akaun Twitternya juga tidak menyebut mengenai KSP baharu.

Sementara itu, media difahamkan bahawa Asri, 56, yang dilantik pada 2020 sudah dicutikan.

Cubaan untuk mendapatkan maklumat daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali tidak berhasil.

Sumber : Berita Harian

Share.

Leave A Reply