Asyik Menari Atas Pentas, Wanita Dibaling Pisau Kerana Hutang | Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang wanita membaling pisang ke arah wanita lain yang sedang menari di atas pentas kerana dikatakan tidak membayar hutang, lapor laman berita Suara.com semalam.
Video yang dirakam di sebuah majlis itu dimuat naik dalam akaun Instagram @terang_media.
Seorang wanita berbaju hijau pada awalnya kelihatan berbual dengan seorang lelaki dalam keadaan marah sambil memandang pentas.
Sementara itu, kelihatan dua wanita sedang menari berhampiran seorang penyanyi.
Tiba-tiba, wanita itu mencapai sebiji pisang di atas meja dan menuju ke pentas sebelum membalingnya ke arah wanita bertudung yang sedang menari.
Walaupun dimaki wanita tersebut, tiga orang yang berada di pentas kelihatan ketawa dan meneruskan aktiviti mereka.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Wanita itu berjoget supaya tidak pening memikirkan hutang,” komen seorang netizen.
Sumber : Kosmo
Baca Juga Artikel Menarik Ini :
Warga Emas Ditemui M4ti Dlm Kereta Ditikam Dengan Garpu Kerana Isu Hutang
Warga Emas Ditemui M4ti Dlm Kereta Ditikam Dengan Garpu Kerana Isu Hutang | Siasatan kes bunuh warga emas berusia 70-an yang ditemui mati di dalam sebuah kereta di Jalan Selayang Baru, Batu Caves, Selangor pada 9 Mei lalu hampir selesai.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seorang suspek warganegara Indonesia telah ditahan pada hari yang sama selepas kejadian itu berlaku.
Menurutnya, suspek dan mangsa saling mengenali serta tinggal dalam kawasan berhampiran.
“Suspek dipercayai selalu membuat pinjaman wang dengan mangsa bagi perniagaan barangan emas secara kecil-kecilan.
“Pada hari kejadian, suspek dan mangsa dipercayai bertelingkah serta bertengkar ekoran pinjaman wang sebanyak RM3,000.
“Suspek dipercayai telah menikam leher mangsa menggunakan garpu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Serbaguna Balai Polis Seri Kembangan di sini, pada Isnin.
Beliau berkata, kertas siasatan berhubung kes itu hampir selesai dan akan dirujuk kepada pendakwa raya dalam masa terdekat.
Pada 10 Mei lalu Sinar Harian melaporkan penemuan mayat seorang lelaki warga emas yang dipercayai mati dibunuh dalam sebuah kereta di Jalan Selayang Baru, Batu Caves.
Mangsa yang berlumuran darah dengan kesan kecederaan parah di leher ditemui di bahagian pemandu kereta jenis Perodua Kancil di kawasan lapang hadapan sebuah pusat beli-belah.
Dahulu dilaporkan, polis menahan seorang lelaki susulan penemuan satu mayat warga emas dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil warna hijau di sebuah kawasan lapang berhadapan Selayang Centre Point, Jalan Selayang Baru, Batu Caves semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, mayat lelaki berusia 70an tersebut ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 10.15 pagi, manakala suspek yang berusia 40an ditahan pukul 4.15 petang.
“Hasil siasatan awal mendapati mangsa beralamat di Selayang Baru. Mangsa berpakaian lengkap berbaju kemeja dan berseluar slack panjang berada di bahagian pemandu dalam kereta dengan berlumuran darah.
“Pemeriksaan tubuh mendapati terdapat kesan kecederaan luka parah pada bahagian leher dan turut dijumpai satu objek tajam. (Mayat) mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Zainal Mohamed berkata, suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 16 Mei ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Menurut beliau, motif kejadian masih dalam siasatan dan orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan polis.
“Hubungi Pegawai Penyiasat dalam kes ini, Asisten Superintendan (ASP) Puteri Noor Asiah Mohd. Sharif di talian 012-6718024 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222,” katanya.
Sumber : SH