Tiada Lagi Pengumuman Bilangan Kes Harian Mulai Esok- KJ | PUTRAJAYA: Bermula esok, Kementerian Kesihatan (KKM) tidak lagi akan mengumumkan bilangan kes harian COVID-19. Sebaliknya, Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata perkembangan kes COVID-19 negara akan dimaklumkan pada jam 10 pagi, hari berikutnya. Langkah tersebut, jelas Khairy untuk memastikan keseluruhan data dapat diperincikan dengan lebih menyeluruh. “Ia akan dimaklumkan bersama data-data yang lain pada pukul 10 pagi keesokan hari. “Ini adalah supaya dapat baca data kes harian bersama dengan data-data lain seperti kemasukan kes hospital dan sebagainya. “Ini untuk kita mengurangkan ‘fear factor’ kes harian dan ia perubahan budaya. Berhenti melihat kepada…
Author: Admin Baik
Remaja Lumpuh Gigih Ulangkaji SPM, Berazam Ubah Nasib Keluarga |Pasir Mas: Walaupun diuji dengan kesakitan dan lumpuh separuh badan, namun ia tidak menghalang Husna Shafieka Husni Hanafi, 18, untuk menelaah buku pelajaran bagi menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Mac ini. Remaja berjiwa kental itu sanggup belajar sambil meniarap di rumah walaupun kerap mengalami sakit melampau pada bahagian belakang badan. Dia yang juga anak sulung daripada tiga beradik itu memerlukan bantuan penuh untuk duduk termasuk bangun daripada katil. “Saya mula mengalami kesakitan pada Disember tahun lalu dan sekelip mata menjadi lumpuh daripada paras pinggang ke bawah pada Januari lalu. Kini…
Kanak-Kanak Hilang 2 Tahun Lalu Ditemui Selamat, Rupa-Rupanya ‘Diculik’ Ibu Bapa Sendiri |NEW YORK: Selepas dua tahun hilang, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun ditemui dalam keadaan sihat dalam sebuah bilik diubah suai di bawah tangga di New York, Amerika Syarikat (AS). Pihak berkuasa mengesyaki kanak-kanak berkenaan diculik oleh ibu bapa sebenarnya yang tidak diberi hak penjagaan. Pegawai polis menemui kanak-kanak berkenaan, Paislee Shultis, pada Isnin lalu di sebuah rumah di pekan Saugerties, dua tahun selepas hilang dari Spencer, New York, kira-kira 290 kilometer (km) ke barat, kata Jabatan polis Saugerties dalam satu kenyataan. Pada masa itu, polis percaya ini…
Suasana Mirip Penjara Sebenar, Bekas Banduan Buka Restoran Berkonsep Penjara |TEHRAN: Dua bekas banduan di Iran telah membuka ‘restoran penjara’ yang bertujuan mengumpulkan dana bagi membebaskan tahanan yang berdepan bebanan hutang. Idea membuka ‘Cell 16’ di timur Teheran tercetus ketika Benyamin Nakhat, 31, ditahan bersama rakan kongsinya, Arman Alizadeh, 30. “Ketika itu saya diisytiharkan bankrap semasa bekerja di sebuah pasar besi,” katanya sambil menambah, mereka membuka restoran tersebut kira-kira dua tahun selepas dibebaskan pada 2016. “Dekorasi di restoran itu sangat mudah kerana kami hanya meniru sel seperti di penjara sebenar. Kami mahu menunjukkan penjara tidak semestinya menempatkan orang jahat. “Penghuni…
Pencalonan Tosrin Jarvanthi Yg Berusia 72 Tahun Di PRN Johor Dipersoal. Ini Respon Beliau| JOHOR BAHRU: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, Tosrin Jarvanthi tidak melihat faktor usia warga emas sebagai penghalang untuk dirinya menabur bakti kepada penduduk sekiranya kembali dicalonkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Kulai itu berkata, walaupun sudah menjangkau usia 72 tahun, beliau yakin masih mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Katanya, usia muda sekali pun bukan faktor utama yang menjadi penentu bagi seseorang itu diterima pengundi. “Walaupun ada pelbagai pandangan…
Tajuk Berita TV3 Diedit Undang Fitnah, Burukkan PM | PUTRAJAYA: Pejabat Perdana Menteri malam ini menafikan penyebaran tular gambar edit konon Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tiada hari raya jika tidak dapat dos penggalak. Menurut sumber, gambar berkenaan sengaja disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab dan masa disebarkan pula ketika beliau sedang berada di Brunei untuk lawatan rasmi negara. “Gambar itu tidak betul dan nampak amat jelas telah diedit sebegitu rupa kononnya Perdana Menteri ada berkata ayat ‘pelik’ yang sedemikian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. Tinjauan mendapati gambar tersebut tular diperkatakan warganet sejak petang dan sengaja diperbesarkan kumpulan tertentu yang…
Takut Divaksin, Warga Emas Lari Bersembunyi Di Kubur | Sebuah video yang tular di media sosial memaparkan senario seorang lelaki warga emas takut untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 sehinggakan dia sanggup melarikan diri ke tanah kubur, lapor laman berita Suara.com. Video yang dimuat naik dalam akaun Instagram bernama @infobekasi.coo itu menunjukkan dua lelaki dengan seorang daripada mereka pegawai polis, sedang berjalan menuju ke sebuah tanah perkuburan. “Ini sekali lagi mengejar orang yang lari kerana takut divaksin, bersembunyi di tanah kubur,’’ jelas lelaki yang merakam video berkenaan. Pegawai polis tersebut kemudian cuba memujuk lelaki berkenaan untuk mengambil suntikan vaksin. Walaupun lama…
Penganut Hindu Kecewa Tangga Kuil Dijadikan Tempat Berjoging | Setiap orang haruslah mengelakkan timbulnya sesuatu perkara yang boleh menyentuh sensitiviti sesuatu kaum atau agama. Menerusi perkongsian Raff Radzuan di laman Twitter, seorang pengguna memuat naik hantaran meminta agar orang ramai menghormati kawasan penganut Hindu terutamanya di Kuil Sri Subramaniam, Batu Caves. Ini kerana, keindahan pelbagai warna yang menghiasi 272 anak tangga ke gua batu kapur itu telah menjadi antara tarikan pelancong sehingga disalah guna oleh sesetengah individu. “Selamat pagi kepada masyarakat India, Tamil serta pihak pengurusan Batu Cave, diharap anda peka mengenai isu kawasan kuil bukan tempat untuk mereka melakukan…
Rakyat Malaysia Di Ukraine Digesa Hubungi, Daftar Di Kedutaan | KUALA LUMPUR: Semua rakyat Malaysia yang berada di Ukraine dan belum berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Kiev digesa supaya segera menghubungi dan menjalani proses berkenaan. Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Negeri menjelaskan, ini akan memudahkan pihak Kedutaan untuk menghulurkan bantuan konsular sebaik sahaja mereka memerlukan bantuan sedemikian. Kementerian Luar Negeri juga memaklumkan, pihaknya memantau dengan teliti perkembangan di dalam dan sekitar Ukraine, terutama situasi 20 warga Malaysia yang berdaftar dengan kedutaan. “Kedutaan Malaysia di Kiev juga berhubung rapat dengan seluruh rakyat Malaysia juga termasuk dua pelajar untuk memastikan keselamatan mereka,…
Sijil Vaksin Mysejahtera Tak Diiktiraf, 15 Pelancong Malaysia Dihalang Masuk Filipina | Kedutaan Besar Malaysia di Manila bertindak membantu sekumpulan pelancong dari Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila Ninoy Aquino apabila sijil vaksin digital dalam MySejahtera mereka tidak diterima sebagai bukti bahawa mereka telah divaksin. Kementerian Luar memaklumkan pihak kedutaan sedang berhubung dengan agensi berkaitan bagi menyelesaikan isu berkenaan. ‘Kedutaan Besar Malaysia di Manila @myembassymanila kini berada di lapangan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino untuk memasuki Filipina. “Wisma Putra sedang berhubung dengan agensi berkaitan untuk memudahkan proses dengan lancar,” jelasnya pada ciapan…