Covid-19. Ini Tindakan Mengejutkan Ronaldo Buat Seluruh Dunia Terharu | Wabak Covid 19 kini sedang mengganas di Eropah. Terkini Ronaldo umum berita mengejutkan buat dunia terharu. Baca selanjutnya. Pada saat dunia diserang hebat wabak Covid-19, super star Juventus, Cristiano Ronaldo yang kini menjalani proses kuarantin di tempat kelahirannya, Madeira sekali lagi tampil mempamerkan semangat kemanusiaan tinggi yang wajar dicontohi apabila menawarkan beberapa hotel miliknya di Portugal dijadikan hospital sebagai pusat rawatan wabak penyakit itu. Ronaldo dalam media sosialnya dua hari lalu menggesa masyarakat tampil menghulurkan bantuan dan dia sendiri bukan hanya sekadar bercakap tetapi membuktikan sikap pemurahnya. Hotel miliknya ditutup dan…
Author: Admin Baik
Covid-19. Ini Nasihat Dr Maza Yang Ditunggu Umat Islam. | Berikutan wabak Covid-19 semakin tersebar. Ini nasihat Dr Maza yang ditunggu umat Islam. Baca Selanjutnya.. SUNNAH BERSIN MENUTUP MUKA Antara Sunnah Nabi S.A.W ketika bersin ialah menutup wajah baginda dengan kain atau tangan. Ini seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا عَطَسَ غَطَّى وَجْهَهُ بِيَدِهِ أَوْ بِثَوْبِهِ وَغَضَّ بِهَا صَوْتَهُ “Sesungguhnya Nabi s.a.w itu apabila bersin menutup wajahnya dengan tangannya ataupun kainnya. Baginda juga merendahkan suaranya (bunyi bersin). (Riwayat al-Imam al-Tirmizi, hadis berstatus sahih) Sunnah Nabi s.a.w ini sangat wajar untuk kita amalkan,…
Ini Rayuan Menteri Kesihatan Baharu DS Adham Untuk Peserta Ijtimak Tabligh. | Selepas seorang warga Malaysia yang menghadiri Ijtimak Tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling disahkan positif Covid-19 semalam, Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Adham Baba merayu kepada semua peserta program tersebut tampil untuk membuat ujian saringan. Kementerian Kesihatan Malaysia semalam menganggarkan 5,000 daripada 10,000 peserta Ijtimak Tabligh itu adalah wargnegara Malaysia. Kes pertama di negara Brunei sebelum ini juga ada sejarah perjalanan ke Malaysia dan juga salah seorang peserta program itu. Setakat artikel ini ditulis, Malaysia telah merekodkan 149 kes positif dan 26 orang telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan…
Covid-19. Ini Saranan Menteri Agama Dr Zulkifli Berkenaan Solat Jumaat. | Berikutan ancaman wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan, ini saranan Menteri Hal Ehwal Agama baharu, Dr Zulkifli berkenaan solat jumaat. Baca selanjutnya.. Saran Pendekkan Khutbah dan Wuduk Dirumah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyarankan khutbah solat Jumaat dipendekkan ketika negara sedang berdepan dengan wabak Covid-19. Beliau berkata, saranan itu antara lima kertas kerja yang akan dikemukakan kepada Majlis Fatwa untuk dibincang dan mendapatkan solusi mengenai keadaan yang berlaku ketika ini. Katanya, dalam kertas kerja itu juga, beliau menyarankan agar wuduk diambil di rumah dan…
Kemelut PH. Ini Pengakuan Tun M Buat Penyokong PH Kecewa. | Baru-baru ini Tun Mahathir disoal oleh media berhubung politik negara, Bila ditanya berkenaan DS Anwar, ini respon Tun M buat ramai penyokong PH kecewa. Baca selanjutnya.. Akui Ada Masalah Dengan Ahli Parlimen Port Dickson Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa orang Melayu tidak menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana falsafah politiknya yang liberal. Dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Harian, bekas Perdana Menteri itu berkata, orang Melayu belum boleh menerima ideologi liberalisme kerana takut kedudukan mereka terancam kerana orang Melayu hari ini hanya ada kuasa…
Tolak Timb Menteri Perpaduan. Ini Respon Perdana Menteri TS Muhyiddin. | Susulan ahli parlimen Bintulu menolak jawatan Timbalan Menteri Perpaduan dan tidak hadir semasa istiadat angkat sumpah. Ini respon dari Perdana Menteri. Baca selanjutnya. Terima Penolakan Dengan Hati Terbuka PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mencari calon lain untuk dilantik Timbalan Menteri Perpaduan Negara selepas Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing menolak jawatan berkenaan. Menerima keputusan presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) itu dengan hati terbuka, Muhyiddin berkata, beliau akan mengemukakan nama baharu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. “Ia adalah pilihan beliau (Tiong).…
Menteri Kesihatan UK Dijangkiti Covid-19. Ini Keadaan Terkini Beliau. | Wabak Covid-19 mula menular di negara Eropah dan Menteri Kesihatan UK antara yang terjangkit. Ini keadaan terkini beliau buat rakyat UK resah. Baca selanjutnya. Kes Covid-19 di UK Meningkat Kepada 373 Menteri Kesihatan United Kingdom (UK) semalam mengesahkan beliau dijangkiti koronavirus (Covid-19) dan kini menjalani kuarantin di rumah, lapor agensi berita Anadolu. “Saya telah disahkan positif Covid-19. Sebaik dimaklumkan, saya mengambil semua langkah berjaga-jaga yang disyorkan dan telah mengasingkan diri di rumah,” kata Nadine Dorries dalam satu kenyataan. Dorries, 62, turut berkhidmat sebagai Setiausaha Rendah bagi Penjagaan Kesihatan dan Sosial…
Tidak Mahu Campur Tangan Politik. Bung Moktar ‘SOUND’ Menteri Kewangan Baharu. | Selepas selesai sahaja istiadat angkat sumpah menteri kabinet, Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin terus ‘sound’ menteri kewangan baharu gara-gara ini. Baca selanjutnya.. Tengku Zafrul Tidak Mahu Campur Tangan Politik. Bekas CEO Kumpulan CIMB, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang baru dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam Kabinet Muhyiddin baru-baru ini mengeluarkan kenyataan tidak mahu isu politik mengganggu tugasnya di kementerian itu nanti. Beliau berkata, apa yang perlu diberi fokus adalah cabaran ekonomi yang sedang dihadapi negara. “Saya harap begitu. Saya rasa apa yang kita perlukan sekarang adalah untuk…
Ini Pendedahan Tun Mahathir Nasib Kerajaan PH Kedah. | Tumbangnya kerajaan PH diperingkat pusat serta diikuti beberapa negeri turut tumbang seperti Johor, Melaka dan Perak. Bila ditanya berkenaan nasib kerajaan Kedah, Ini respon Tun M.. Ibarat Telur Dihujung Tanduk Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa nasib anaknya yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz kini diibaratkan seperti telur di hujung tanduk selepas terbentuknya Perikatan Nasional yang meruntuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini. Dr Mahathir dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini semalam menegaskan, 15 Ahli Dewan Undangan Negeri…
Kerajaan Perak Bubar. Bekas ADUN DAP Dedah Komplot Ramai TERKEJUT. | Dua bekas pemimpin DAP Perak mengesahkan wujud usaha untuk menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selaku Menteri Besar ketika dalam kerajaan sebelum ini. Perkara itu didedahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, A Sivasubramaniam dan ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong yang umum keluar parti semalam. Sivasubramaniam berkata, rancangan itu diatur bagi memberi laluan lantikan Menteri Besar baharu kalangan wakil rakyat Melayu DAP sendiri. Menurutnya, terdapat juga usaha dilakukan bagi menyingkirkan ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong daripada jawatan Exco kerajaan negeri. “Rancangan untuk jatuhkan Menteri Besar dan gulingkan…