Author: Miss Alin

Datuk Berusia 73 Tahun Masih Aktif, Berbadan Sado | Berbadan tegap dan berotot sering menjadi idaman para pemuda yang sering ke gimnasium untuk membina badan. Namun seorang datuk yang sudah mencecah usia  73 tahun turut tidak melepaskan peluang untuk mempunyai fizikal sebegitu. Walau sudah berusia, dia masih sihat dan mempunyai fizikal yang sering kali dikatakan sebagai ‘Sado’ dalam kalangan masyarakat. Bukan sahaja masih sihat dan mempunyai badan yang sado, malahan Ayub Said yang berusia 73 tahun ini juga gemar untuk melakukan aktiviti angkat berat. Walaupun dirinya kian dimamah usia, namun dia masih mempunyai tenaga yang luar biasa. Ayub mampu untuk…

Read More

Pengantin Lelaki Berseluar Pendek Semasa Bersanding, Ini Puncanya | Hari persandingan selalunya dihiasi dengan pengantin yang memakai baju serba moden dan mengikut adat. Namun berbeza buat pengantin lelaki ini apabila ia hanya mengenakan seluar pendek sebagai pakaian di hari persandingan. Jakarta: Hari Persandingan sememangnya akan menjadi hari yang bersejarah kerana pada hari itulah kita akan menciptakan momen bahagia bersama pasangan. oleh itu, kebanyakkannya akan memilih untuk memakai busana mewah dan mencantikkan diri supaya momen terindah itu tidak akan terlupakan. Namun baru-baru ini tular di laman media sosial di mana seorang pengantin lelaki yang melangsungkan perkahwinan  di daerah Lengkong, Wilayah Jawa…

Read More

‘Naik Minyak’, Gajah Liar Rosakkan Tanaman Serta Pijak Lembu Sehingga Mati | Penduduk di Kampung Subong, Gua Musang terpaksa berputih mata selepas terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM50,000  angkara seekor gajah liar di sini, baru-baru ini. Kejadian melibatkan seekor gajah liar yang sedang ‘naik minyak’ menyebabkn hasil tanaman kira-kira sebanyak 30o batang pokok pisang  serta dua ekor lembu ternakan  menjadi korban selepas diserang gajah tersebut kira-kira pada jam 10 malam sehingga 3 pagi itu . Menurut seorang penduduk, Zakaria Omar, 53, dalam satu  laporan bahawa gajah tersebut telah dilihat berkeliaran di kebun dua minggu yang lalu namun keadaan dilihat semakin runcing…

Read More

Kapal Dan Mata Wang Zaman Kesultanan Melayu Melaka Ditemui | Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan institusi Kesultanan Melayu terawal di Tanah Melayu. Wujudnya institusi Kesultanan Melayu Melaka telah bermulalah sistem politik dalam kerajaan melayu yang digelar sebagai kerajaan. Tahun dan zaman silih berganti, namun peninggalan yang ditinggalkan akan tetap menjadi sesuatu yang berharga dan mempunyai nilai yang tersendiri untuk dikenang oleh generasi akan datang. Dengan itu generasi akan datang tidak akan sesekali lupa terhadap sejarah bermulanya institusi beraja di negara kita. 30 kepingan kayu telah ditemui dan dan dipercayai bahawa serpihan kayu tersebut merupakan struktur kapal ataupun kapal karam tinggalan…

Read More

Bayi Lahir dengan Antibodi Covid-19 |Antibodi untuk Covid-19 kebiasaannya terbina selepas seseorang mendapatkan suntikan vaksin yang telah diluluskan oleh Petubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Hal yang sama turut terjadi kepada  seorang bayi yang dilahirkan di Sepanyol memiliki antibodi Covid-19 setelah ibunya mengmbil suntikan vaksin ketika hamilkan bayi tersebut. Madrid: Seorang bayi yang dilahirkan di Pulau Ibiza, Sepanyol didakwa memiliki antibodi COVID-19, selepas ibunya telah mengambil suntikan itu pada trimestar ketiga kehamilannya, demikian yang dilaporkan oleh media tempatan. Sampel daripada tali pusat bayi itu yang dianalisis di Hospital Son Espases, Mallorca mengesahkan dia memiliki antibodi terhadap COVID-19, lapor akhbar Sepanyol, ABC. Timbalan…

Read More

Asalkan Sudah Vaksin, Pelancong Luar Boleh Ke Phuket Tanpa Kuarantin |Di kala pandemik yang sedang kita hadapi pada ketika ini banyak tempat-tempat pelancongan tidak kira dalam mahupun luar negara tidak dapat kita kunjungi. Namun, Khabar gembira dari Thailand menyatakan bahawa mereka akan membuka sektor pelancongan mereka terhadap pelancong luar. Bangkok: Buat pengunjung asing yang bercuti di Phuket, Thailand mulai 1 Julai  depan mereka tidak perlu lagi menjalani kuarintin wajib dengan syarat mereka sudah menerima suntikan vaksin. Bloomberg melaporkan kerajaan Thailand membuat keputusan itu hasil perbincangan panel yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Prayuth Chan-Ocha dalam usaha memulihkan semula sektor pelancongan yang…

Read More

Mesir Anjur Perarakan Terbesar Pemindahan Mumia Firaun Di Kaherah | Perarakan secara besar-besaran telah diadakan di Mesir bagi memindahkan 22 mumia diraja mesir  dari Muzium Mesir di Tahrir ke Muzium Tamadun Nasional Mesir di Fustat di Kaherah, baru-baru ini. Perarakan bersejarah yang digelar ‘Perbarisan Emas Firaun’ itu telah disiar secara langsung kepada umum untuk melihat mumia tersebut dibawa menggunakan kenderaan berhias ala-ala Mesir Kuno. Ia juga melalui laluan sekitar bandar raya tersebut  serta dikawal ketat oleh pasukan keselamatan. Media tempatan turut melaporkan laluan konvoi tersebut telah melalui jalan raya yang dipasang lampu serta sepanduk sehingga menjadi tarikan penduduk setempat di…

Read More

Kes Baru Melonjak Naik, Perintah Berkurung Kali Ketiga Dilaksana Di Perancis| Penularan virus COVID-19 masih belum terhenti, malahan kes ini kian meningkat secara mendadak di Perancis. Ini semestinya menimbulkan kerisauan dalam diri kalangan rakyat negara itu. Virus pembunuh yang tidak dapat dilihat ini ternyata kembali menyerang melalui peningkatan kes secara mendadak. Presiden, Emmanuel Macron telah mengisyitiharkan perintah berkurung dilaksanakan di negara itu bermula pada hari sabtu yang lalu. Ini merupakan kali ketiga Perancis mengenakan perintah berkurung bagi seluruh negaranya. Arahan dikeluarkan berikutan kes COVID-19 yang melonjak naik secara mendadak hingga mengancam kapasiti di hospital-hospital disana. Pada hari jumaat, jumlah pesakit…

Read More

Bangunan Runtuh Akibat Kebakaran Mengorbankan Lima Orang Mangsa Termasuk Petugas Penyelamat | Sebuah bangunan tiga tingkat dilaporkan telah runtuh akibat kebakaran sehingga mengorbankan lima orang mangsa yang melibatkan empat orang anggota penyelamat serta seorang penghuni di situ, baru-baru ini. Menurut laporan media, kejadian tersebut telah berlaku pada jam 6 pagi waktu tempatan di Boromratchonnanee Road, di sebuah daerah di Thawi-Watthana, bahagian barat Bangkok namun tujuh mangsa telah berjaya diselamatkan pasukan penyelamat. Ketua Penyelamat di Yayasan Poh Teck Tung, Jiratthikorn Banjongkit, berkata kepada media dalam sebuah laporan bahawa ketika pasukan penyelamat berada di lokasi kejadian kira-kira 7 pagi, kediaman terbabit tiba-tiba…

Read More

“Lama Sangat Doh Dok Gi Sekolah…” ‘Mowgli Malaysia’ Teruja Kembali Ke Sekolah| Sesi persekolah telah beberapa kali tergendendala disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang melanda negara. Namun Kementerian Pelajaran Malaysia tidak pernah mengabaikan pendidikan para pelajar Malaysia. Sesi pembelajaran diteruskan secara di atas talian. Namun begitu, kini sesi persekolah telah dibuka kembali secara berperingkat bagi mengawal penularan virus COVID-19. ‘Mowgli Malaysia’ merupakan gelaran yang diberikan kepada pelajar tingkatan 3 yang pernah tular pada tahun 2019 menerusi gambar yang diambil oleh jurugambar tempatan. Nama sebenarnya adalah Muhammad Syukur Khamis, merupakan pelajar  Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin (SMKPM) di Terengganu. Beliau merasa amat…

Read More