Author: Admin Anis

Ini Ulasan Pakar Bahasa Untuk ‘Mengajar’ Menteri Indonesia Tentang Asal Usul Bahasa Indonesia | Kenyataan seorang menteri di Indonesia cuba menafikan bahasa Indonesia sebenarnya sebagai bahasa Melayu ditempelak seorang pakar bahasa universiti tempatan. Malah, Prof. Datuk Dr. Abdul Muati Ahmad dalam nada sindiran mempersoalkan apakah penduduk republik itu langsung tiada apa-apa bahasa pun sebelum wujud bahasa Indonesia? “Sama ada menteri tersebut mahu mengaku atau tidak, bahasa yang mereka pertuturkan itu hari ini adalah bahasa Melayu. Apakah sebelum wujud Indonesia, mereka tidak berbahasa? Atau pun mereka hanya menggunakan bahasa isyarat?” Soalnya secara sinis menerusi hantaran dalam akaun sosial rasmi beliau yang turut…

Read More

Jurulatih Selam Ditemui Selamat, Operasi Mencari Tiga Lagi Penyelam Diteruskan | Seorang daripada empat penyelam yang dilaporkan hilang ketika menyelam di Mersing pada Rabu ditemui selamat. Wanita warga Norway, Kristine Grodem, 35, dibawa dengan menaiki helikopter ke Stadium Mini Mersing, jam 12.05 tengah hari Khamis. Memetik laporan Awani, Kristine merupakan jurulatih selam kepada lelaki warga Britain, Adrian Peter, 46, dan anaknya, Nathan Renze, 14, warga Belanda dan wanita Perancis, Alexia Alexandra, 18, yang masih hilang ketika ini. Empat warga asing hilang ketika melakukan aktiviti menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman, pada Rabu. -…

Read More

Warga Singapura Dilarang Keluar Malaysia Jika Tak Bayar Saman | Pesalah trafik warga Singapura boleh dihalang keluar dari negara ini dan boleh ditangkap jika mempunyai saman tertunggak trafik serta saman berstatus waran tangkap. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mat Kasim Karim, berkata sehingga kini, sebanyak 108,757 saman masih belum dijelaskan daripada 143,427 saman yang dikeluarkan dari 2016 hingga 2021. “JSPT ingin mengingatkan kepada semua pesalah trafik warganegara Singapura bahawa mereka boleh dihalang keluar dari negara ini jika mempunyai saman tertunggak sama ada Pol 170A atau Pol 257 berdasarkan di bawah Seksyen 66J Akta Pengangkutan Jalan…

Read More

Bilal Surau Mohon Maaf Tersilap Laung Azan Awal 4 Minit | Bilal dari Surau Al-Qadir di Guchil 7, Kuala Krai dipercayai telah melaungkan azan maghrib awal empat minit daripada waktunya semalam, sehingga kejadian itu tular dalam media sosial. Imam Masjid Bandar Kuala Krai Armin Azahari Mamat berkata ketika kejadian, bilal itu tidak menyedari bahawa beliau telah melaungkan azan maghrib pada pukul 7.17 malam, menyebabkan ada segelintir penduduk yang percaya telah masuk waktu berbuka puasa. “Saya telah dimaklumkan oleh penduduk bahawa tok bilal dari Surau Al-Qadir di Guchil 7, Kuala Krai itu telah melakukan kesilapan tersebut dan beliau telah memohon maaf…

Read More

Berang Anak 15 Tahun Ketagih Ganja, Ibu Ikat Dan Tenyeh Cili Ke Mata Anak | Berang dengan anaknya yang baru berusia 15 tahun ketagih ganja, seorang ibu di India bertindak ‘mengajar’ anaknya itu dengan mengikat remaja terbabit pada sebatang tiang. Tidak cukup dengan itu, menerusi satu video yang tular, wanita tersebut turut dilihat beberapa kali menyapu serbuk cili itu di mata anaknya. Anaknya yang kepedihan juga dilihat menjerit kesakitan sambil berulang kali menolak tangan ibunya itu. Selain itu, ibu remaja terbabit turut meminta bantuan seorang lagi wanita yang berada di situ untuk memegang tangan anaknya bagi ‘memudahkannya’ menenyeh serbuk cili…

Read More

(Video) Selepas ‘Curi’ Petrol Subsidi, Kini Tular Konvoi Kereta Warga Singapura Buat Hal Di Lebuhraya | Tular rakaman kamera pemuka (dashcam) baru-baru ini beberapa kereta bernombor pendaftaran Singapura memandu secara berbahaya dengan memotong kenderaan lain seperti mahu berlumba. Video itu mengundang kecaman netizen Malaysia yang menganggap tindakan pemandu Singapura itu sebagai biadab apabila memasuki negara ini. Susulan tular video itu, polis kini sedang mengesan pemandu yang dirakam di simpang lampu isyarat Felda Gugusan Adela, Kota Tinggi. Sebuah BMW berwarna emas dilihat memandu secara berbahaya dengan memotong kenderaan lain secara melulu dan boleh menyebabkan kemalangan. Aksi itu dirakamkan dan dimuat naik…

Read More

Warga Bangladesh Ditahan Ceroboh Tadika, Alasan Mahu Beri Roti Kepada Anak | Seorang lelaki warga Bangladesh disyaki mengalami masalah mental ditahan di Telok Panglima Garang, Banting selepas menceroboh tadika dan cuba mendekati kanak-kanak dengan memberi roti, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi, suspek dikatakan telah menceroboh tadika terbabit dengan alasan mahu memberikan roti kepada anaknya. “Apabila guru tadika itu memberitahu ibu bapa tidak dibenarkan masuk, suspek bertindak merampas topi keledar pelajar tadika yang dipegang oleh guru sebelum meluru masuk ke dalam kelas. “Ibu bapa yang menyedari kejadian…

Read More

Warga Emas Rugi RM5,000, Disamun Ketika Sidai Pakaian | Seorang wanita warga emas cedera di pergelangan tangan dan kerugian RM5,000 apabila barang kemasnya dilarikan dua suspek bersenjatakan parang di hadapan pagar rumahnya di Taman Tuanku Jaafar, Seremban, Jumaat lalu. Kejadian tersebut turut tular dalam media sosial Facebook dengan gambar kedua-dua suspek menaiki motosikal yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dikongsikan oleh orang awam. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 11.30 pagi itu, mangsa seorang wanita berusia 68 tahun yang sedang menjemur kain di hadapan pagar rumah telah didatangi dua suspek lelaki yang…

Read More

Ini Tindakan Tegas Kepada Pengusaha Stesen Minyak Jika Biar Warga Asing ‘Curi’ Petrol Subsidi | Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha stesen minyak yang didapati menjual minyak petrol bersubsidi kepada kenderaan asing. Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, mana-mana pihak yang melanggar Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) dan (Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974) akan dikenakan penalti. Jelasnya, pemilik stesen minyak berdepan penalti berjumlah tidak melebihi RM1 juta atau dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali manakala bagi perbadanan atau syarikat akan didenda tidak melebihi RM2 juta. “KPDNHEP mengambil…

Read More

Mayat Lelaki Ditemui Di Depan Kedai Makan, Dipercayai Mati Ditetak Dengan Parang | Seorang lelaki ditemui maut dipercayai ditetak di hadapan sebuah kedai makan di Jalan BS 6/8 Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan pada awal pagi Ahad. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian kira-kira jam 5.56 pagi mengenai mangsa yang ditemui oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian. “Mangsa merupakan lelaki warga tempatan berumur lingkungan 30 tahun dan beralamat di Taman Bukit Serdang. “Siasatan mendapati mangsa telah dibunuh dipercayai menggunakan senjata tajam seperti parang,” katanya dalam kenyataan…

Read More