Author: Daachayani Arul Sekaran

Ribut Angkasa Menyebabkan ‘Kiamat Internet’ | Pada dekad yang akan datang fenomena ribut besar yang berlaku di angkasa lepas mampu mencetuskan “kiamat internet” telah dilaporkan oleh Daily Star. Saintis menyatakan bahawa ribut besar itu bakal menyebabkan orang ramai terputus talian selama berbulan-bulan malahan mungkin bertahun-tahun susulan satelit di angkasa lepas rosak dan seterusnya menyebabkan talian kuasa terputus. Peristiwa yang misteri itu tidak dapat diramalkan bahkan ianya juga berpotensi memusnahkan astrofizik yang dipetakan buat kali pertama menggunakan ‘cincin pokok’. Saintis juga menyatakan bahawa hutan merupakan sebuah tempat pemerhatian yang sesuai untuk melihat radiasi kosmik dan menjadi arkib sejak ribuan tahun lalu.…

Read More

Takut Ugutan “Ah Long”, Lelaki Terdesak Bakar Mesin ATM | Seorang lelaki tekad mencuri wang dengan membakar mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank, akibat terdesak berhutang dengan sindiket peminjam wang ‘Ah Long’ di Wangsa Melawati, ibu negara, pada hari Isnin ini. Menurut Superintendan Ashari Abu Samah, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, pihaknya menerima laporan orang awam mengenai mesin ATM tersebut dibakar dan terdapat kesan cubaan menebuk lubang untuk mencuri wang. Beliau berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga memaparkan kelibat seorang suspek telah menasuki dan membakar mesin berkenaan menggunakan tong bahan api namun cubaannya gagal. Beliau juga menyatakan dalam kenyataan…

Read More

Helikopter Terhampas Di Hutan Sempadan Perak-Pahang | Sebuah helikopter dilaporkan mendarat cemas di sebuah kawasan hutan, iaitu di daerah Brinchang di sempadan Perak-Pahang pada hari ini. Helikopter itu jenis Eurokopter AS 355 F2 dan juga dipercayai membawa enam individu termasuk juruterbang. Difahamkan kejadian ini telah berlaku kira-kira pada jam 1.15 petang melibatkan helikopter milik syarikat swasta yang membawa 4 pegawai perubatan dan seorang doktor sekali denga juruterbang. Kejadian ini telah dilaporkan berlaku dan usaha mencari dan menyelamat mangsa telah digerakkan oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Hutan serta beberapa agensi lain. Dalam kemaskini Bernama…

Read More

Memilih Hanya Calon Yang Bersih Di Mata Rakyat | Jika calon itu `tidak bersih’ di mata rakyat, sebarang mekanisma yang digunakan untuk menapis calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak akan berkesan. Prof Datuk Dr Jayum Anak Jawan, Profesor Sains Politik, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Felo Akademi Sains, Prof Datuk Dr Jayum Anak Jawan, berkata rakyat sudah matang dan tidak akan menerima bulat-bulat senarai calon daripada mana-mana parti yang mengatakan mereka bersih. Beliau berkata pandangan dan tanggapan rakyat penting dan bukan retorik mana-mana pemimpin dan parti. Beliau juga menyata kepada Berita Harian, rakyat tidak akan menerima senarai calon mana-mana…

Read More

Tiket Kapal Mahal Menjelang PRU-15, Ini Permintaan Bung Moktar | Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyatakan bahawa Kementerian Pengangkutan digesa untuk mengawal ketat harga tiket penerbangan antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung menjelang pada hari pengundian pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Bung Moktar yang juga Pengerusi BN Sabah berkata, tanpa kawalan itu, pengundi Sabah serta Sarawak di Semenanjung, dan sebaliknya akan menghadap kesukaran untuk pulang mengundi kerana harga tiket yang dilihat semakin meningkat. Jelasnya, kawalan itu dengan cara meminta syarikat penerbangan menurunkan kadar tambang juga penting bagi memastikan harga tiket penerbangan untuk pulang mengundi berpatutan, dan juga…

Read More

Mahkamah Kekal Keputusan Lokman Adam Dipenjara Sebulan |  Pada hari ini, Mahkamah Rayuan, memutuskan bahawa Datuk Lokman Noor Adam, bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, kekal dipenjara sebulan mengikut keputusan Mahkamah Tinggi, tahun lalu. Selepas didapati bersalah menghina mahkamah kerana mengugut saksi perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), membabitkan Datuk Seri Najib Razak, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman itu terhadap Lokman. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Datuk Seri Kamaludin Md Said bersama Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Nordin Hassan, secara sebulat suara membuat keputusan itu selepas Mahkamah Tinggi didapati tidak membuat kesilapan apabila menjatuhkan hukuman…

Read More

Tragedi Deepavali: Kanak-Kanak [email protected], Dua Parah Dalam Nahas. | Selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan, seorang kanak-kanak maut manakala dua kanak-kanak parah di Jalan Ismail Sultan, East Ledang, Gelang Patah pada malam Selasa ini. Pegawai Bomba Kanan II Ahmad Nazran Omar, ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri berkata bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 8.44 malam. Beliau menyatakan dalam kenyataan pada Rabu bahawa seramai tujuh anggota dan sebuah jentera telah dikejarkan ke tempat kejadian. Kemalangan itu melibatkan sebuah Toyota Vios dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza. Terdapat empat mangsa yang melibatkan…

Read More

Pearly-Thinaah Singkir Juara Terbuka Malaysia | Pearly Tan dan M. Thinaah, beregu wanita utama negara telah melakar kejutan apabila menyingkirkan juara bertahan Terbuka Malaysia, Apriyani Rahayu dan Siti Fadia Silva Ramadhanti dari Indonesia pada pusingan pembukaan Terbuka Perancis 2022, pada hari ini. Pearly-Thinaah yang merupakan pasangan bukan pilihan menumpaskan beregu pilihan ketujuh itu, 22-20, 19-21, 21-7 dalam pertarungan rubber set selama 74 minit yang diadakan di Stade Pierre de Coubertin, Paris. Seterusnya, pasangan Malaysia yang menduduki ranking ke-11 dunia itu akan berdepan satu lagi gandingan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya Pratiwi, yang menewaskan Stine Kuespert-Emma Moszczynski dari Jerman, 18-21, 21-9,…

Read More

Ketua Menteri Melaka Tidak Perlu Letak Jawatan. Ini Sebabnya. | Datuk Seri Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri, tidak perlu meletak jawatan untuk menjadi calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, berkata pembayaran gaji Datuk Sulaiman dibuat oleh kerajaan negeri, bukannya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di bawah Kerajaan Persekutuan. Beliau berkata, seseorang pegawai kerajaan negeri, termasuk ketua menteri yang bukan lantikan dan pengesahan jawatan JPA yang ingin bertanding kerusi Parlimen, dibenarkan berbuat demikian tanpa perlu meletak jawatan. Beliau juga menyatakan, pegawai kerajaan lantikan dan pengesahan jawatan JPA yang perlu meletak jawatan…

Read More

Bekalan Makanan Sempena Deepavali Yang Dicukup. Ini Bekalan Makanannya. | Datuk Rosol Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Dalam Negeri, menyatakan bahawa bekalan makanan dan keperluan pada musim perayaan Deepavali dijamin mencukupi. Datuk Rosol berkata Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah memberikan jaminan tersebut dalam mesyuarat yang diadakan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), baru-baru ini. Beliau menyatakan bahawa bekalan makanannya adalah termasuk ayam dan telur, ketika ini dilanda masalah kekurangan bekalan terutama di negeri Pantai Timur. Beliau juga menyatakan bahawa MAFI telah memberi jaminan bahawa bekalan makanan di seluruh negara untuk Deepavali dan…

Read More