Author: Imannina

Imannina merupakan penulis bagi Syarikat Khalifah Media Networks yang mempunyai kepakaran dalam bidang multimedia. Mempunyai pengalaman dalam bidang penulisan selama 2 tahun.

Video Sebuah Kereta Terbakar Slps Rempuh 6 Kenderaan Lain. | Seorang remaja terselamat selepas kereta jenis Subaru Forester dipandunya merempuh enam buah kenderaan lain sebelum terbakar di Kilometer 38 Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), dari arah Shah Alam menghala ke Subang Jaya, di sini, pagi tadi. Kejadian itu berlaku pada jam 7.30 pagi dan melibatkan kereta jenis Nissan Sylphy, Perodua Alza, Honda City, Perodua Bezza, Toyota Hilux dan Toyota Vios. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu remaja berusia 18 tahun itu berada di lorong keempat. “Dia kemudian…

Read More

Seorang wanita berusia 26 tahun maut setelah kereta jenis Perodua Kancil yang dipandunya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Lebuhraya Sungai Besi, susur masuk ke Taman Desa di sini pagi tadi. Menurut laporan, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.04 pagi. Komander Operasi, Penolong Bomba Kanan (PBK) II KUP Shahrul Rizal Ramli berkata, pasukan operasi jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh dengan kekuatan seramai lapan anggota telah diarahkan ke lokasi kejadian. “Terdapat satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta Perodua Kancil nombor pendaftaran WNK2045, setibanya di lokasi kejadian. “Seorang wanita berusia 26 tahun…

Read More

Punca kebakaran 14 premis di Jalan Pasar, Pekan Baru Serdang di sini pada Isnin masih dalam siasatan pihak forensik bomba. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran itu pada jam 4.30 pagi. “Seramai 40 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan dan BBP Bangi bersama lima jentera pemadam api serta dua lori tangki air ke lokasi bagi memadamkan kebakaran. “Sebanyak 14 premis terbakar sepenuhnya membabitkan bangunan kedai dua tingkat yang diperbuat daripada papan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin. Tambah Anbalgan, 13 daripadanya mempunyai pemilik. Manakala sebuah lagi kedai adalah premis…

Read More

Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih dikenali dengan nama panggilan Khairul Aming dipuji kerana berbahasa Melayu ketika menyampaikan ucapan wakil pempengaruh dari Malaysia di TikTok For You Stage di Jakarta, Indonesia. Khairul yang cukup terkenal dengan video masakan ringkas ketika bulan Ramadan itu kelihatan tenang dan petah berbicara menggunakan bahasa ibunda tidak seperti segelintir pempengaruh yang akan secara automatik menukarkan perbualan di dalam bahasa Indonesia. Susulan itu, pelbagai reaksi telah ditinggalkan oleh majoriti pengguna media sosial yang menyifatkan jejaka asal Kelantan itu petah berbicara disamping sangat rendah diri dan mengenal asal usul. “Bahagian yang paling menarik ialah Khairul masih bercakap dalam…

Read More

Selepas 63 tahun berpisah dan gagal dalam empat perkahwinan terdahulu, cinta sepasang warga emas kembali bertaut. Jodoh menyatukan semula Mahmood Mamat, 84, dan Fatimah Mohd Nor, 80, yang selamat diijabkabulkan pada 16 Oktober lalu. Kisah ini menarik perhatian netizen selepas cucu mereka, Noor Anis Najwa, 22, memuat naik video serta gambar hari bahagia datuk dan neneknya di TikTok. Rata-rata netizen teruja melihat Mahmood dan Fatimah kembali disatukan walaupun pada usia yang sudah tua. Berkongsi kisah sebenar, Noor Anis Najwa berkata, datuk dan neneknya berkahwin pada 1958 yang mana ia adalah perkahwinan kedua mereka. Katanya, jodoh datuk dan neneknya itu bagaimanapun…

Read More

Sebuah bas ekspres yang membawa seramai 20 penumpang terbalik dalam nahas kemalangan di Kilometer 193.2 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan) di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, kesemua penumpang dan seorang pemandu bas berusia 29 tahun bagaimanapun dilaporkan selamat. Panggilan kecemasan diterima pada jam 9.38 pagi tadi, kata Komander operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd. Iswandy Aripin. Katanya, sepasukan 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh serta Alor Gajah dikejarkan ke lokasi kejadian. “Setiba di lokasi kita dapati kesemua penumpang telah pun berjaya keluar menyelamatkan diri masing-masing. “Bas tersebut membawa seramai empat…

Read More

“Jauh disudut hati, saya mahu terus bertugas dan berbakti kepada anak didik tetapi diduga dengan kesihatan yang kurang baik sejak tahun lalu”. Itulah luahan Cikgu Shoibih Ransab, 56, ketika ditemui sempena penyampaian sumbangan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) baru-baru ini. Bapa kepada lapan cahaya mata itu berkata, beliau berterima kasih dengan pihak YGMB atas sumbangan yang diberikan sekali gus mampu meringankan beban dirinya sekeluarga. Beliau berkhidmat sebagai guru sekitar 20 tahun lalu. Kehidupan seharian cikgu Shoibih berubah sejak diserang angin ahmar atau strok yang dihadapinya sejak penghujung tahun lalu. Beliau sebelum ini merupakan seorang guru mata pelajaran Sains, Sejarah dan…

Read More

Seorang lelaki ‘scammer’ yang dipercayai terlibat dalam kes penipuan pakej perkahwinan berjaya ditahan pihak polis semalam. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, suspek yang berusia 28 tahun ditahan di Hentian Plaza Tol Bentong kira-kira pukul 9.30 malam semalam. “Reman terhadap suspek telah diperolehi selama empat hari bermula 29 Oktober sehingga 1 November depan. “Pihak polis mengucapkan terima kasih atas kerjasama masyarakat dalam kes ini. Ramai masyarakat yang menyalurkan maklumat sehingga suspek berjaya ditahan,” katanya di sini hari ini. Menurut Zaiham, suspek disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang sekiranya bersalah boleh dihukum penjara tidak kurang setahun dan…

Read More

Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun menyeru umat Islam untuk menyatakan bantahan dan ketidaksetujuan terhadap apa-apa acara yang melibatkan maksiat serta hiburan melampau. Ustazah Asma’ mengulas dalam satu hantaran di Facebook tentang sambutan pesta Halloween yang dibuat besar-besaran di negara Arab Saudi baru-baru ini. “Sungguh mengecewakan dan menyedihkan. Usaha untuk bawa pengaruh dan budaya barat semakin menjadi-jadi di Arab Saudi yang merupakan negara penjaga dua kota suci umat Islam. “Ini bukan kali pertama, bahkan pada tahun 2018, pesta sebegini juga sudah diadakan, tetapi Arab Saudi melarang dan menangkap warganya yang terlibat,” katanya. Tambahnya, sambutan itu semakin diterima secara terbuka bahkan dirayakan…

Read More

Ribut Tropika Nalgae menghentam Flipina semalam selepas mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh yang mengorbankan sekurang-kurangnya 45 orang, kata beberapa pegawai. Nalgae membadai pulau utama Filipina, Luzon dengan angin maksimum selaju 95 kilometer sejam selepas tiba di Pulau Cata­duanes sebelum subuh. Hujan lebat melanda ketika Nalgae menghampiri selatan Fi­lipina kelmarin dan mengenangi kebanyakan kawasan di pedalaman Pulau Mindanao, kata perkhidmatan kaji cuaca. Ia disusuli bencana tanah runtuh dan banjir kilat dengan air keruh yang membawa serpihan, menghanyutkan seluruh keluarga di sesetengah kawasan. Pengarah Pertahanan Awam Filipina, Rafaelito Alejandro, berkata, menjelang pagi semalam, angka kematian meningkat kepada 45 orang. “Sekurang-kurangnya 14…

Read More