Author: Admin Hanisah

Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun di Ukraine menulis surat yang menyayat hati kepada ibunya yang meninggal dunia selepas mereka dilaporkan diserang bersama di dalam kereta mereka. Dalam catatan tulisan tangan dalam sebuah jurnal, dia menulis, “Kami akan bertemu di syurga. “Saya akan cuba yang terbaik untuk menjadi baik supaya dapat pergi ke syurga juga.” Surat itu dikongsi oleh seorang ahli Parlimen Ukraine di Twitter, dan dikatakan bermula 8 Mac, dua minggu selepas serangan Vladimir Putin. Kejadian itu tidak pasti berlaku di kawasan mana di Ukraine. Ditulis dalam skrip kebudak-budakan tanpa titik noktah dan beberapa kesilapan tatabahasa, dia berkata, “Mama.…

Read More

Perbuatan keji akhirnya memakan diri apabila seorang wanita juga pembantu rumah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dihadapkan ke Mahkamah Dubai. Wanita itu didakwa kerana menggunakan sihir bagi menundukkan majikannya. Memetik berita Harian Metro, sumber Gulf News melaporkan, wanita itu disyaki melakukannya dengan niat mendapat layanan lebih baik daripada majikannya. Pendakwa Raya, Fahad Abdulkareem dari Pendakwaan Bur Dubai dalam hujahnya memaklumkan, mangsa mengesyaki tertuduh mengamalkan ilmu hitam. Hal ini kerana dia berasa letih dari segi mental dan fizikal serta menyedari beberapa kelakuan aneh pekerjanya itu. “Mangsa memerhati gerak geri tertuduh ketika menjadi pembantu rumahnya untuk beberapa ketika dan pernah terdengar…

Read More

PUTRAJAYA: Mulai esok, golongan belia berusia di antara 18 sehingga 20 tahun boleh mendaftar kredit e-tunai bernilai RM150. Selain itu, pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan turut memperoleh insentif ini. Kementerian Kewangan (MOF) berkata, golongan itu boleh mula mendaftar untuk menerima kredit e-tunai. Insentif tersebut boleh diperolehi melalui salah satu daripada empat penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet. MOF berkata, ini adalah langkah yang diambil di bawah Belanjawan 2022, di mana kerajaan memperuntukkan RM300 juta bagi e-tunai bernilai RM150 di bawah program ePemula. Selain daripada RM150 dalam bentuk kredit e-tunai daripada…

Read More

Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo memohon maaf atas insiden menghempas telefon bimbit salah seorang penyokong. Beliau dipercayai berbuat demikian kerana kalah 0-1 dalam perlawanan menentang Everton awal pagi tadi. Menurut The Guardian, rakaman yang muncul di media sosial memaparkan Ronaldo meleret tangannya ke tanah ketika dia berjalan keluar dari padang dan menuju ke terowong di Goodison Park. “Saksi berkata, pemain bola sepak dunia itu menghempas telefon bimbit salah seorang peminatnya ke tanah hingga berkecai,” lapor The Guardian. Dalam pada itu, menerusi akaun Instagram miliknya, beliau turut memohon maaf secara terbuka atas tindakan yang tidak sepatutnya itu. “Bukanlah mudah untuk kita…

Read More

LONDON: Kerajaan Britain mahu melelong sejumlah peralatan kelengkapan Covid-19 yang dibeli untuk mengawal penularan wabak itu. Hal ini berikutan terdapat lambakan bekalan yang masih tidak digunakan lagi. Sebilangan besar set pakaian pelindung diri (PPE) yang bernilai 600,000 pound (RM3.3 juta) dijangka dijual pada harga serendah 250 pound (RM1,375). Lelongan ini dalam usaha menjimatkan kos penyimpanan yang semakin meningkat. Lapor Daily Mail, lebih tiga juta gogal, visor, apron dan pembersih tangan akan dilelong oleh kerajaan. Penggubal undang-undang Britain berpandangan langkah itu adalah cara terbaik untuk dilakukan. Memandangkan kos penyimpanan PPE mencecah sekitar 7 juta pound (RM38.5 juta) sebulan. Seorang ahli Parlimen parti…

Read More

MELAKA – Padah mencederakan isteri yang enggan melakukan hubungan seks akhirnya seorang lelaki menerima balasan setelah dijatuhi hukuman penjara. Tertuduh dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun dan enam bulan oleh Mahkamah Sesyen berasingan di sini, pada Khamis. Tertuduh V Murugan, 30, dijatuhkan hukuman itu di mahkamah berasingan oleh Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin dan Hakim Nariman Badruddin atas empat pertuduhan. Berdasarkan pertuduhan pertama Murugan didapati dengan sengaja mencederakan isterinya, A M Saraswathi, 24. Tertuduh dipercayai mencederakan isterinya dengan cara memukul kepala mangsa menggunakan topi keledar. Dia turut mencederakan anak lelakinya, M Sivaneswaran berusia enam tahun dengan memukul bahu kanan mangsa…

Read More

Mayat tiga sekeluarga yang telah reput membusuk ditemukan pada hari Rabu di dalam sebuah rumah di California. Penemuan mengejutkan itu berlaku selepas penguatkuasa undang-undang melawat komuniti berpagar sekitar jam 10.30 pagi untuk pemeriksaan kebajikan, kata polis. “Ahli keluarga penduduk rumah itu melaporkan kepada pihak berkuasa Kanada bahawa mereka tidak dapat menghubungi keluarga itu selama lebih dari setahun dan menjadi bimbang,” kata detektif Jabatan Polis Irvine dalam siaran berita. Selepas pegawai Kanada dihubungi, mereka turut menghubungi Jabatan Polis Irvine. Menurut kenyataan polis, seorang bapa, ibu, dan seorang anak lelaki dewasa tinggal di kediaman itu. Sebaik sahaja tiba di rumah, pegawai polis…

Read More

Sebuah penjara di England menarik perhatian kerana menyediakan kemudahan yang cukup lengkap dan mewah kepada banduan. Kemudahan-kemudahan yang disediakan seperti kemudahan sofa, TV serta alatan muzik. Memetik laporan The Sun, penjara HMP Cookham Wood di Rochester, Kent ini menempatkan banduan muda berstatus belia yang berumur diantara 15 hingga 18 tahun. Ramai banduan dipenjara kerana jenayah kekerasan dan kesalahan dadah tetapi mereka mungkin tidak berasa terlalu janggal. Hal ini kerana, kemudahan yang disediakan membuatkan mereka seperti berada di rumah sendiri. Buat banduan yang berkelakuan baik, mereka juga turut disediakan ruang rehat. “Ini jauh dari penjara lama yang anda boleh dapatkan. “Dengan…

Read More

Anak adalah kurniaan Tuhan kepada kita sebagai salah satu rezeki yang tidak semua orang akan dapat. Malah ada yang tunggu bertahun-tahun untuk mendapat cahaya mata namun masih tiada. Jadi, sudah pasti anda sebagai ibu bapa tidak akan sanggup mencederakan atau menyusahkan amanah yang telah dikurniakan Tuhan ini bukan? Satu kejadian mengejutkan berlaku Pekanbaru, Riau, Indonesia apabila seorang lelaki telah bertindak nekad mengelar leher anak lelakinya yang baru berusia lima tahun. Memetik laporan Detik News, lelaki berusia 32 tahun itu pada awalnya sedang santai menonton televisyen bersama isteri dan anaknya, dalam kejadian pada Sabtu lalu. Bagaimanapun, dia tiba-tiba bertindak ganas dan…

Read More

PUTRAJAYA: Seorang wanita menangis teresak-esak sehingga terpaksa ditenangkan bapa mentuanya selepas Mahkamah Rayuan di sini semalam melepas dan membebaskan suaminya daripada kesalahan mengedar dadah. Sekali gus, turut membatalkan hukuman gantung sampai mati yang dikenakan terhadap bekas pekerja bengkel membaiki sofa itu. Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Seri Kamaludin Md. Said dan bersidang bersama-sama Datuk Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Hashim Hamzah. Mereka sebulat suara memutuskan untuk membebaskan Ahmad Kamil Anuar, 37, daripada pertuduhan tersebut. Keputusan dibuat selepas mendapati Mahkamah Tinggi terkhilaf ketika mensabitkan lelaki berkaitan dengan kesalahan mengedar dadah itu. “Kami mendapati memang terdapat kekhilafan dari segi fakta dan…

Read More