Author: Admin Hanisah

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus kedai makan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal. Mohamad Nazrin Ramli, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amanina Mohamad Anuar. Mengikut pertuduhan, pemuda itu didakwa memandu kereta Perodua Myvi di bawah pengaruh alkohol sebanyak 71 miligram (mg) dalam 100 mililiter (ml) darah. Ia melebihi 21 mg alkohol daripada had yang ditetapkan iaitu 50mg alkohol dalam 100ml kandungan darah. Tertuduh didakwa tidak berdaya mengawal kenderaan itu sehingga melanggar penunggang motosikal, Ramli Abdul Ajit, 40, di Jalan…

Read More

JENGKA- Dugaan Ramadan buat empat sekeluarga yang kini tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Felda Jengka 14 di sini musnah akibat kebakaran pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, Ahmad Mazlan Mat Adam, 49, keluar bekerja sebagai pemandu lori manakala dua anaknya bersama adik perempuannya tinggal di rumah. Menurutnya, kejadian disedari oleh adik perempuannya yang tinggal bersama menjaga dua anaknya yang berusia lapan dan 11 tahun. “Adik saya memberitahu api bermula dari ruang tamu sebelum merebak ke bahagian lain. “Ketika kejadian, adik saya sedang menyiapkan anak-anak yang ingin ke sekolah agama sebelum mereka keluar menyelamatkan diri,” katanya…

Read More

Siapa sangka rezeki seorang lelaki di wilayah Nonthaburi, Thailand selepas dia dilamar oleh tiga kekasihnya sekali gus. Malah, dia turut menerima mas kahwin sebanyak 100,000 baht (anggaran RM12,556.58) daripada setiap seorang. Bukan itu sahaja, mereka dilaporkan telah berkahwin secara serentak pada minggu yang lalu. Menerusi laporan media tempatan, lelaki bertuah, Suea Supareek merupakan seorang pengamal perubatan. Kini, dia sudah mempunyai sembilan orang anak bersama ketiga-tiga isterinya itu. Hasil hubungan selama 16 tahun bersama isteri pertama, Nutcharin Phankat, 30, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata. Mereka dikatakan berkenalan ketika isterinya itu berusia 14 tahun. Manakala isteri kedua, Pitchaya Suraseeruangchai, 35, tinggal…

Read More

SINGAPURA – Seorang lelaki secara rahsia telah memasang aplikasi pengintipan pada telefon isterinya selepas mereka sering bertengkar. Dia dikatakan berbuat sedemikian untuk memantau aktiviti isterinya di media sosial, termasuk rekod panggilan dan mesej. Menerusi laporan portal berita Channel NewsAsia, lelaki itu, Nicholas Wang Weichou, 30, menggunakan aplikasi itu untuk menggodam akaun media sosial isterinya dan menghantar mesej ancaman selepas berbuat demikian. Warga Singapura itu akhirnya dijatuhkan hukuman penjara 22 minggu pada Selasa (5 April), seperti yang didesak pihak pendakwa raya. Dia mengaku bersalah atas satu dakwaan pengintipan yang melanggar undang-undang dan dua lagi dakwaan di bawah Akta Pinjaman Wang. Lima…

Read More

BUTTERWORTH: Pasangan suami isteri orang kurang upaya (OKU) yang tular di media sosial baru-baru ini terharu apabila mendapat sumba­ngan sebuah kereta daripada pence­ramah terkenal, Ebit Lew. Pasangan suami isteri ini tular ketika melintas jalan di persimpangan lampu isyarat dekat Jalan Bagan Luar, di sini baru-baru ini dengan menggunakan kerusi roda. Mohd. Sofi Osman, 38, ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, dia dan isteri, Siti Aminah Jamalludin, 30, berte­rima kasih kepada pihak Ebit Lew yang begitu prihatin dalam membantu meringankan beban mereka sekeluarga. “Memang tak sangka ustaz (Ebit) datang dengan anak buah (pasukan), kira-kira tiga buah kereta datang rumah semata-mata nak bantu…

Read More

Nasib malang menimpa seorang bayi lelaki yang ditemui tanpa kepala di Sulawesi Selatan, Indonesia pada Ahad yang lalu selepas dipercayai digigit oleh seekor anjing. Memetik laporan media tempatan, mayat mangsa dijumpai dalam keadaan tidak ‘berkepala’ oleh seorang penduduk kampung, Yosafa. Menurut saksi, mayat mangsa telah diheret oleh seekor anjing dan sehingga kini kepalanya masih belum dijumpai. Ketika kejadian berlaku, Yosafa berada di rumah sewanya sebelum melihat seekor anjing datang membawa mayat bayi lelaki. “Awalnya saya sangka anjing itu bawa anak patung. Bila saya tengok lebih dekat rupa-rupanya mayat”, katanya. Susulan itu, pemuda ini tampil membuat laporan kepada pihak polis mengenai…

Read More

Dipercayai angkara cemburu, seorang lelaki di Banjar, Kalimantan Selatan, Indonesia bertindak di luar kawalan dengan menikam bekas isterinya sebanyak tujuh kali sehingga maut pada Ahad lalu. Menurut laporan Tribun News, suspek dikenali sebagai Alba, 24, bertindak mencederakan bekas isterinya, Nadia Fitri sehingga meninggal dunia. Suspek dipercayai bertindak sedemikian kerana tidak mahu lelaki lain memiliki mangsa. Penduduk kampung yang menjumpai wanita berkenaan pada mulanya menyangkakan mangsa hanya pengsan. Setelah itu, pihak polis tiba dan mengesahkan mangsa meninggal dunia dengan kesan tikaman pada badan. Susulan itu, pihak polis berjaya menahan suspek di Kota Banjarmasin sebelum membawanya ke balai polis semalam. Ujar Ketua…

Read More

IPOH – Warga emas berusia 65 tahun antara 10 umat Islam yang ditahan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dalam Operasi Judi. Operasi yang bermula pada jam 2 petang pada Sabtu turut dijalankan serentak di seluruh negeri di sini. Operasi menyasarkan premis-premis perjudian dan nombor ramalan yang dikesan menjadi tumpuan orang ramai. Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, kesemua lelaki berusia lingkungan 25 hingga 65 tahun itu ditahan ketika sedang leka membeli nombor ramalan di premis-premis terbabit. “Penahanan dibuat di bawah Seksyen 26 Enakmen Jenayah (Syariah) Negeri Perak 1992 atas kesalahan berjudi atau berada di premis perjudian. “Walaupun ada antara…

Read More

KUALA NERUS – Seorang pengguna jalan raya sempat membisikkan kalimah syahadah di telinga seorang daripada empat mangsa yang maut dalam nahas kemalangan. Kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Kuala Terengganu – Kota Bharu dekat Kampung Lingai, di sini pada petang Isnin. Ahmad Faizol Mohd Yusop, 36, berkata, kemalangan berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang dari menghantar anaknya di asrama di Kampung Basung, Hulu Terengganu. Menurutnya, secara kebetulan dia melalui jalan yang sama tidak lama selepas insiden itu berlaku. “Selepas parkir kenderaan di bahu jalan, saya nampak ada tiga mangsa telah meninggal dunia manakala seorang lagi mangsa parah dan terbaring di…

Read More

Istilah ‘katak’ untuk wakil rakyat yang melompat parti menjadi bualan rakyat Malaysia apabila tindakan itu mencetuskan beberapa krisis politik. Krisis yang tiada kesudahan itu menyaksikan dua Perdana Menteri (PM) iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah meletak jawatan. Bekas Perdana Menteri ketujuh dan kelapan ini meletakkan jawatan susulan hilang sokongan majoriti. Mengambil iktibar daripada apa yang berlaku, Datuk Seri Ismail Sabri selaku PM kesembilan memeterai sebuah  memorandum persefahaman (MoU) dengan Pakatan Harapan (PH). Memorandum persefahaman tersebut telah dimeterai pada September lepas demi kestabilan politik negara. RUU Anti Lompat Parti antara perkara dalam MoU Persefahaman Transformasi dan…

Read More