Author: Admin Hanisah

SHAH ALAM – Bermula 9 April ini, semakan status permohonan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000 secara ‘one-off’ boleh dilakukan. KWSP dalam satu hantaran berkata, permohonan pengeluaran khas KWSP itu hanya boleh dibuat melalui portal https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/ sahaja. Pada masa sama, KWSP turut memaklumkan pemohon tidak perlu mengakses i-Akaun, mengunjungi kios dan cawangan KWSP bagi tujuan tersebut. Permohonan pengeluaran khas KWSP mula dibuka pada 1 April lalu sehingga 30 April ini. Pada 16 Mac, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri…

Read More

SHAH ALAM – Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), mendakwa beliau akan dipanggil oleh pihak berkuasa untuk disiasat. Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak menyatakan sebab siasatan tersebut. “Saya akan dipanggil untuk soal siasat. Di Malaysia ini satu tekanan yang menakutkan. Tutup mulut. Tutup telinga. Awak okay,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin. Ahli Parlimen Langkawi itu turut menyatakan kehairanannya kerana rakyat Malaysia tidak marah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Kedua-dua mereka antara yang…

Read More

Tiga individu telah ditahan pihak polis dan akan didakwa berhubung kematian pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida Patcharaveerapong yang mati selepas terjatuh dalam sungai, Februari lalu. Bangkok Post melaporkan, pada Ahad, seorang wanita berusia 35 tahun ditahan di Balai Polis Muang di daerah Muang di Nonthaburi, Bangkok. Dia akan didakwa atas tuduhan kecuaian sehingga menyebabkan kematian Tangmo, 37. Wanita itu merupakan salah seorang daripada lima individu yang menaiki bot laju bersama Tangmo, ketika dia terjatuh ke dalam Sungai Chao Phraya pada malam 24 Februari. Mayatnya ditemui dua hari kemudian, tidak jauh dari tempat dia terjatuh. Pihak berkuasa berkata, wanita berkenaan menjadi…

Read More

PASIR MAS – Aktiviti penyeludupan 12 ekor lembu telah digagalkan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Sabtu. Lembu-lembu tersebut yang dibawa masuk secara haram ke negara ini menggunakan perahu dengan menyelusuri Sungai Golok. Rampasan lembu itu dilakukan sepasukan anggota Batalion 9 PGA Kuala Terengganu yang melakukan penugasan Op Wawasan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini pada jam 11 malam. Pegawai Pemerintah Medan, Superintendan Azhari Nusi berkata, nilai rampasan keseluruhan lembu-lembu seludup itu dianggarkan berjumlah RM67,200. Serbuan telah dilakukan di kawasan semak berhampiran Sungai Tok Rusa, Meranti di sini. “Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Batalion 9 membuat intipan di kawasan serbuan…

Read More

SHAH ALAM – Individu dalam UMNO yang masih mahu bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu menilai sendiri tindak tanduk politik Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin, Presiden Bersatu itu didakwa terdesak ingin kembali menjadi Perdana Menteri (PM). Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun UMNO tidak sempurna, tetapi mereka tidak menjual prinsip semata-mata untuk kuasa. “Kepada mana-mana pihak dalam UMNO yang masih mahu bekerjasama, mempercayai dan mempertahankan Bersatu, mereka harus menilai sendiri segala tindak tanduk politik dan tabiat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Bersatu ini yang begitu terdesak mahu kembali jadi PM. “Mahukah kita…

Read More

RANTAU PANJANG – Tindakan tekong darat menyeludup masuk lapan orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar menggunakan kereta Perodua Myvi gagal. Mereka ditahan oleh Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan di Kampung Kedap di sini pada Rabu. Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, semasa melakukan rondaan rutin pada jam 7.30 malam anggota bertugas telah melihat sebuah kereta Perodua Myvi dipandu dalam keadaan mencurigakan. Kereta Myvi tersebut dari arah jalan Jeram Perdah menghala ke Rantau Panjang. “Anggota bertugas terus mengekori dan berjaya menahan kereta itu di Kampung Kedap. “Selepas itu anggota bertugas terus membuat pemeriksaan…

Read More

ZURICH: Semalam, kerajaan Switzerland telah mengesahkan akan menarik semula sekatan COVID-19 bermula esok, 1 April. Pemansuhan ini dibuat ketika negara itu berusaha untuk ‘hidup’ dengan virus itu. Susulan itu, kerajaan turut memansuhkan peraturan pemakaian pelitup muka di dalam pengangkutan awam dan di kemudahan kesihatan. Turut dimansuhkan, keperluan untuk mengasingkan diri selama lima hari selepas disahkan positif COVID-19. Tanggungjawab untuk membendung virus itu akan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan dengan fasa kewaspadaan yang lebih tinggi dirancang dalam tempoh 12 bulan akan datang. “Berikutan tahap imunisasi penduduk yang tinggi, tiada peningkatan ketara dalam bilangan pesakit COVID-19 di unit rawatan rapi (ICU) dalam…

Read More

KUANTAN – Sebuah motosikal terbabas dan melanggar sebuah treler yang berhenti di bahu jalan lalu menyebabkan penunggang dan pembonceng maut. Kejadian tersebut berlaku di Batu 3, Jalan Gambang di sini pada awal pagi Khamis. Dalam kemalangan kira-kira jam 4.30 pagi itu, penunggang, Mohamad Izhar Iskandar Mohamad Pazelong,18, dan pembonceng, Wan Ezremy Shaqir Wan Erman Shafri,18, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pemandu treler, Mook Peng Cheong, 44, tidak mengalami sebarang kecederaan. Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Gambang menghala ke bandar Kuantan. Katanya lagi,…

Read More

KUALA LUMPUR – Diikat, dicili dan dijirus air panas, begitulah yang diceritakan oleh seorang remaja perempuan sindrom Down yang dikenali Bella, 13, kepada seorang pembantu pengurus kewangan sebuah syarikat swasta. Zurianty Sudin, 39, memberitahu perkara tersebut kepada Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu. Beliau berkata demikian ketika prosiding kes Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa atas kesalahan menganiaya, mengabaikan seorang kanak-kanak perempuan sindrom Down sehingga mengalami kecederaan fizikal dan emosi di hadapan Hakim Izralizam Sanusi. Zurianty yang menggelar dirinya sebagai ‘mommy’ berkata, perkara itu dimaklumkan ketika…

Read More

AMPANG – Sekurang-kurangnya 30 buah rumah di Jalan Mulia, Bukit Antarabangsa di sini terjejas akibat banjir kilat pada petang Rabu. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, dalam kejadian jam 6.35 petang itu, hujan lebat menyebabkan sistem saliran tidak dapat menampung limpahan air dari bukit berhampiran. Menurutnya, kejadian itu menyebabkan kawasan tersebut ditenggelami banjir separas 0.3 meter dan kembali surut secara berperingkat. “Tiada pusat pemindahan dibuka susulan kejadian tersebut,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu. Pada Rabu, video berdurasi 15 saat yang memaparkan keadaan…

Read More