Author: Admin Hanisah

KUANTAN – Susulan video tular di laman sosial Facebook dan TikTok sejak beberapa hari lalu, yang memaparkan kejadian sekumpulan individu memukul seorang penunggang motosikal. Pihak polis mengesahkan perbuatan tersebut tidak dilakukan oleh anggota polis sebagaimana yang didakwa. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, tindakan itu sebaliknya dilakukan orang awam dan tiada mana-mana anggota polis terlibat. Menurutnya, kumpulan itu sebenarnya cuba membantu polis menahan lelaki tersebut kerana telah melanggar seorang anggota polis trafik. Anggota polis terbabit sedang bertugas dalam sekatan jalan Ops Motosikal…

Read More

Pada masa kini, telefon pintar sudah menjadi keperluan penting dalam kalangan masyarakat kerana dapat memudahkan urusan harian mereka. Pelbagai urusan dapat diselesaikan antaranya urusan perniagaan, kewangan, pembelajaran, malah dalam urusan tempahan makanan dan minuman. Dengan kelajuan capaian internet terutama di bandar besar dapat meningkatkan penggunaan telefon pintar dalam kalangan masyarakat. Malah, turut meliputi segenap lapisan masyarakat tanpa mengira batasan umur, pekerjaan mahupun taraf sosial. Kini, terdapat pelbagai aplikasi dan permainan dalam talian, laman media sosial, portal jual beli dan perkhidmatan penstriman. Kemunculan aplikasi-aplikasi baharu ini mula mempengaruhi gaya…

Read More

SEREMBAN – Datuk Zuraida Kamaruddin, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), memilih untuk ‘kunci mulut’ berhubung dakwaan akan keluar dari parti itu bulan depan. Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, tidak tahu mengenai perkara itu ketika ditanya pemberita seperti dakwaan yang dilaporkan oleh sebuah portal. “Itu dia cakap (portal). Saya tak tahu,” katanya ringkas kepada pemberita pada sidang media. Beliau ditemui selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Ladang Koko Pintar di Bukit Gangis, Setul di sini pada Khamis. Beliau yang merupakan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi sebelum itu dilihat cuba mengelak menjawab soalan berkaitan politik…

Read More

KOTA MARUDU: Seorang guru kerugian RM9,900 selepas menyerahkan nama dan kata laluan perbankan internet miliknya kepada orang tidak dikenali. Hal ini berlaku, susulan mangsa terlalu khuatir akan didakwa terbabit dengan pengubahan wang haram. Dalam kejadian pada 1 Mac lalu, mangsa lelaki berusia 52 tahun itu menerima panggilan daripada individu yang tidak dikenali. Individu tersebut mendakwa dia daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Menurut Ketua Polis Daerah Kota Marudu Supt Zairolnizal Ishak, pemanggil memaklumkan kepada mangsa yang dia mempunyai tunggakan cukai syarikat. Mangsa kemudian diarahkan menghubungi satu lagi nombor yang mengaku sebagai pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang. “Individu…

Read More

SERDANG: Gara-gara membuat laporan palsu kononnya disamun dan dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki Afrika, seorang wanita Jepun ditahan oleh pihak polis. Kejadian dikatakan berlaku di tepi Jalan SP 5/4, Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan pada awal bulan lalu. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A Anbalagan memberitahu ia berdasarkan laporan yang telah diterima pada 1 Februari lalu. Seorang wanita berusia 20 tahun, mendakwa kumpulan lelaki Afrika itu melarikan barang miliknya selepas merogolnya. A Anbalagan berkata, polis kemudian menjalankan siasatan namun mendapati laporan perubatan yang dikemukakan doktor menunjukkan tiada sebarang kesan rogol pada tubuhnya. “Ini menimbulkan rasa curiga terhadap laporan yang dibuatnya.…

Read More

Sukan Olimpik Paris 2024 bakal menjadi penamat era kegemilangan Olahragawan Kebangsaan Anugerah Sukan Negara (ASN) 2019/2020, Datuk Mohd Azizulhasni Awang sebagai pelumba basikal trek negara. Pemenang pingat perak dan gangsa acara keirin pada dua edisi terakhir Sukan Olimpik itu merancang untuk bersara selepas beraksi di Paris nanti. Olimpik Paris 2024 bakal menjadi penampilan kelimanya di pentas temasya sukan berprestij itu. Malah, Sukan Komanwel dan Sukan Asia pada tahun ini juga merupakan penampilan terakhir beliau. “Justeru, saya ingin berikan sepenuh perhatian untuk memastikan saya dapat beraksi dengan cemerlang…

Read More

IPOH: Semenjak pandemik bermula, Bandar Agacia atau popular sebagai Disneyland Malaysia di Kampar kini menjadi suram. Oleh itu, kerajaan Perak sedia membantu untuk menghidupkan semula kawasan tersebut. Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi, berkata kawasan itu di bawah pengelolaan swasta, bukan Kerajaan Perak. “Berikutan pandemik, pembangunan di kawasan itu agak perlahan. Sekarang mereka sedang berusaha untuk mendapatkan peniaga kembali ke kawasan berkenaan dan meneruskan pembangunan seperti yang dirancang,” katanya. Beliau ditemui di perasmian Program Jelajah Integriti Pelancongan SPRM Perak (GIPS) 2.0 di…

Read More

Marc Marquez, juara MotoGP enam kali, mengesahkan sekali lagi menghidapi masalah diplopia (masalah melihat imej berganda) selepas terlibat dalam kemalangan yang menyaksikan dia terkeluar daripada saingan Grand Prix (GP) Indonesia. Pelumba berusia 29 tahun itu menjelaskan, penyakit itu tidaklah seteruk seperti yang pernah dialaminya sebelum ini. Dia turut memberitahu dia tidak pasti bila akan kembali ke litar perlumbaan. “Nampaknya seperti saya mengalami ‘dejavu’. Dalam perjalanan pulang ke Sepanyol, saya mula berasa tidak selesa dengan penglihatan saya.” Dia bertemu Dr Sanchez Dalmau dan beliau mengesahkannya sekali…

Read More

Selepas kelewatan dua tahun akibat birokrasi, akhirnya Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk menari kegembiraan ketika perasmian kilang kereta elektriknya berhampiran Berlin. Semalam, kereta Model Y pertama yang dibuat di Eropah akhirnya berjaya dikeluarkan. “Danke Deutschland! (Terima kasih, Jerman),” kata Musk di Twitter selepas memotong reben merah. Beliau turut bersama-sama pekerja dalam bertepuk tangan kepada 30 pemandu pertama memandu kereta baharu mereka. Pembukaan kilang itu melalui proses kelulusan dan pembinaan dua tahun yang sukar. Tesla menghadapi beberapa halangan pentadbiran dan undang-undang, termasuk aduan penduduk tempatan tentang kesan alam sekitar. Tesla akhirnya mendapat persetujuan rasmi setelah memulakan pembinaan atas risiko sendiri.…

Read More

Hissein Brahim Taha, Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), mengecam penindasan berterusan Israel terhadap rakyat Palestin serta serangan di Baitulmaqdis. Katanya, isu Palestin menjadi tumpuan utama pertubuhan itu dan menuntut Israel menamatkan dasar mengenai penempatan haram dan “meyahudikan” Baitulmaqdis. Tambahan, isu serangan tanpa henti ke atas pusat tumpuan umat Islam termasuk Masjid Al Aqsa turut disertakan dalam perbicangan tersebut. Dakwanya lagi, rejim zionis itu melakukan pembunuhan, merampas tanah, melakukan penahanan sewenang-wenangnya, aparteid serta pembersihan etnik terhadap rakyat Palestin. “Perbuatan haram ini secara terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa yang berkaitan, perjanjian dan resolusi,” katanya ketika berucap pada sesi ke-48 Mesyuarat Menteri-Menteri Luar…

Read More