Author: Syifa' Syakinah

Mayat Dua Beradik Yang Terjatuh ke Dalam Sungai Sudah Ditemui |Mayat dua beradik yang hilang selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Rekoh, Rompin kelmarin, ditemukan pada malam tadi dan pagi hari ini. Pemangku Ketua Polis Daerah Rompin Asisten Superintendan Mohd Isa Bidin berkata, mayat Dhenis Maulida Putri Masari, 7, ditemukan terapung kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian oleh penduduk kampung pada 8 malam tadi. Menurutnya, mayat adiknya pula, Putri Rama Dhania Azahra, 3, ditemukan terapung kira-kira 50 meter dari lokasi penemuan kakaknya oleh penduduk kampung pada 7.30 pagi hari ini. “Mayat dua beradik itu kemudiannya dibawa ke Hospital Muadzam…

Read More

Tular Video Pasangan Suami isteri Bergaduh, Punca Salah Faham Penjagaan Anak | Salah faham mengenai penjagaan anak didakwa punca pergaduhan suami isteri di Jalan Radin Bagus, Sri Petaling di sini, yang video kejadian itu tular di media sosial semalam. Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pasangan terbabit datang ke Balai Polis Sri Petaling pada 4 petang hari sama. “Hasil soal siasat, pasangan itu mengaku berlaku salah faham mengenai penjagaan anak. “Ketua Balai Polis Sri Petaling menasihati mereka supaya membuat laporan polis, namun mereka enggan berbuat demikian dan sudah berdamai sebelum beredar dari balai,” katanya dalam kenyataan hari…

Read More

Belum Reda Kisah Peniaga Burger Dikompaun 50 Ribu, Kini Peniaga Colek Juga Terima Nasib Yang Sama | Belum pun reda kisah peniaga burger dikenakan kompaun RM50,000 kerana beroperasi lebih masa malam kelmarin, seorang peniaga colek di Kampung Chekok Tengah, di sini, turut dikenakan kompaun membabitkan jumlah yang sama. Mohd Azizi Mohd Nor, 42, yang berniaga colek pada sebelah malam sepanjang Ramadan di hadapan rumahnya mengakui terkejut apabila didatangi beberapa anggota polis, 11.20 malam kelmarin. Katanya, tanpa bertanyakan maklumat lanjut terhadap dia dan isterinya, Nik Norwati Nik Loh, 38, anggota polis berkenaan terus menulis kompaun dengan jumlah RM50,000 bagi kesalahan beroperasi…

Read More

(Video) Hilux Rempuh Myvi Selepas ‘Langgar’ Lampu Isyarat Merah, Wanita Maut Dan Gadis Parah | Wanita maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Temenggong Ahmad dekat sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, dalam kejadian pada 7.46 pagi itu, mangsa Norain Abu Samah, 41, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah pada anggota badan. “Sementara, anak Norain, Nur Nabila Alisha Mohd Zalisham, 19, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan parah, manakala 14 mangsa lain tidak mengalami kecederaan. “Siasatan awal mendapati Toyota Hilux yang dipandu Gui Chui, 69, dari arah Parit…

Read More

Lelaki Maut Selepas Terjatuh Dari Tingkat 3 Di Pusat Membeli Belah Suria KLCC |Seorang lelaki maut selepas terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah Suria KLCC, di sini pada Rabu. Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira pukul 1.52 petang tadi. “Pihak polis Dang Wangi terima panggilan jam 1.52 petang, memaklumkan seorang lelaki telah terjun dari tingkat tiga di Suria KLCC. Siasatan masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI. Terdahulu, tular beberapa keping gambar laman sosial Twitter yang menunjukkan keadaan mangsa terjatuh jatuh dari tingkat tiga itu. Mangsa dilaporkan mati di…

Read More

Bayi 7 Bulan Maut Tersepit Di Celahan Besi Katil |Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan ditemukan meninggal dunia dipercayai tersepit pada celahan besi katil di sebuah asrama kebajikan di sini, semalam. Menurut sumber, polis menerima panggilan daripada sebuah hospital pada 8.30 malam tadi, berhubung kematian mangsa sebelum bergegas ke lokasi melakukan siasatan. Katanya, ketika kejadian terdapat dua pekerja asrama iaitu lelaki berusia 43 tahun dan wanita berusia 60 tahun sedang bertugas pada waktu itu. “Kejadian dipercayai berlaku antara jam 7 hingga 8 malam selepas pekerja lelaki dan wanita itu meninggalkan bayi berkenaan di atas katil dalam keadaan terbaring bersama bantal…

Read More

Akibat Dendam, Pemuda Bunuh Rakan Sekerja Sebelum Sumbat Dalam Tong Sampah Dan Buang Di Tepi Jalan | Akibat dendam kerana sering dibuli ketika bekerja, seorang lelaki membunuh rakannya di sebuah apartment di Jalan Kemajuan di sini pada Ahad. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Khalid Othman berkata, dalam kejadian pada jam 12 tengah malam, suspek dipercayai menjerut mangsa yang berusia 20 tahun menggunakan wayar elektrik sebelum menikam serta menggelar leher rakannya itu. “Suspek dengan bantuan dua rakan subahatnya kemudian tergamak bertindak kejam dengan menyumbat mayat mangsa ke dalam sebuah tong sampah sebelum membuangnya di tepi Jalan Persiaran Kewajipan,”…

Read More

Dua Wanita Ditahan Kerana Palsukan Borang Rentas Negeri Dan Positif Dadah | Dua wanita ditahan selepas didapati memalsukan borang rentas negeri di sekatan jalan raya (SJR) Plaza Tol Bentong di sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pegawai dan anggota yang bertugas di SJR terbabit menahan kenderaan dinaiki kedua wanita berkenaan masing-masing berusia 22 tahun pada 6.45 petang untuk pemeriksaan. “Difahamkan, kedua-dua wanita terbabit dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan, Pahang. “Ketika pemeriksaan dilakukan terhadap dokumen perjalanan rentas negeri mereka didapati borang berkenaan agak meragukan dan disyaki dipalsukan oleh mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari…

Read More

(Video) Bergaduh Kerana Isu Pembayaran, Dua Lelaki Ditahan Polis | Polis menahan dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan di luar sebuah restoran di sini, seperti yang tular di media sosial hari ini. Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, satu laporan polis berkaitan kejadian terbabit diterima sebaik kejadian berlaku. “Hasil siasatan dan tindakan lanjut, polis berjaya membuat tangkapan terhadap dua lelaki yang dikenal pasti terbabit dalam pergaduhan berkenaan. “Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dan provokasi antara pemilik restoran dan pelanggan berkaitan isu pembayaran makanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Menurutnya, kes…

Read More

Lebih 500,000 Guru Bakal Terima Vaksin Fasa Kedua | Lebih 500,000 guru di sektor pendidikan awam dan swasta sedang disenaraikan untuk dimasukkan dalam fasa dua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), yang bermula hari ini. Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia sebagai persediaan bagi membolehkan golongan itu dapat diberikan vaksin bagi fasa dua ini. Beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menyenaraikan nama guru-guru berkenaan untuk dimasukkan dalam sistem agihan vaksin sebelum diberikan tarikh janji temu. “Sebelum ini, Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV) memutuskan supaya guru disenaraikan sama untuk menerima vaksin seperti tiga kumpulan lain bagi fasa dua…

Read More