Author: Syifa' Syakinah

Syifa Sakinah merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2022.

Nak Masuk Kelantan, Perlu Ada Surat Keputusan Ujian Calitan Yang Dilakukan Dalam Tempoh 72 Jam – Timbalan MB Kelantan | Jangan pulang ke Kelantan, sebaliknya ambil iktibar kejadian berlaku pada Aidilfitri pada Mei lalu apabila negeri itu mencatat lonjakan kes Covid-19 hingga memaksa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Peringatan oleh kerajaan negeri dan polis Kelantan itu dituju khas kepada rakyatnya yang tinggal merantau di negeri lain dan berhajat untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidiladha, Selasa ini. “Kita minta kerjasama semua perantau supaya tidak pulang ke kampung. Bukan tidak suka mereka pulang, sebaliknya mahu semua pihak mengambil iktibar selepas…

Read More

Bermula Hari Ini Hingga 21 Julai, PDRM Larang Rentas Negeri Guna Surat MITI | Mulai hari ini sehingga 21 Julai 2021, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat larangan pergerakan merentas negeri bagi yang menggunakan kelulusan dokumen atau surat dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Sejak dua hari yang lepas, pihak polis telah mengesan peningkatan bilangan kenderaan di lebuh raya. Rentetan dari perkara tersebut, PDRM mengambil keputusan untuk melarang individu yang ingin merentas negeri menggunakan surat MITI. Perkara tersebut berkuatkuasa pada semua Sekatan Jalan Raya (SJR) di sempdan-sempadan negeri. Namun begitu, larangan ini tidak terpakai bagi urusan-urusan kecemasan dengan kebenaran polis,…

Read More

Kelonggaran Bagi Yang Sudah Lengkap 2 Dos Vaksin Akan Diputuskan Dalam Mesyuarat MPN Minggu Depan – Muhyiddin Yassin | Kelonggaran bagi individu yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) minggu depan. Menerusi laporan Bernama, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan kelonggaran itu bagi memberi faedah atau keistimewaan kepada mereka yang telah lengkap dos vaksin mereka. Muhyiddin berkata kelonggaran itu mungkin termasuk pergerakan untuk membeli belah, atau sekurang-kurangnya rentas daerah. Menurutnya lagi, langkah berkenaan juga seiring dengan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi terutama di Lembah Klang pada Fasa Kedua Pelan Pemulihan…

Read More

“Mak ‘Tidur’ Baru Saya Tidur…” Budak 8 Tahun Teman Ibunya Di Sisi Sehingga Nafas Terakhir | Pandemik ini membuatkan ramai berada dalam situasi tersepit dan juga kesusahan. Ada yang diberhentikan kerja, ada yang diuji dengan kesihatan secara tiba-tiba dan bermacam lagi. Baru-baru ini, Ustaz Rafie Zainal yang merupakan Pengerusi Eksekutif Pertubuhan Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) berkongsi sebuah kisah yang pilu di laman Facebooknya mengenai seorang budak lelaki 8 tahun yang temani ibunya ‘tidur’ buat kali terakhir. Ikuti kisahnya di bawah. Saya jaga mak malam tadi sampai mak ‘tidur’ baru saya tidur “Petang semalam (15 Julai 2021), setelah 5 jentera…

Read More

Ahli Jemaah Menteri Telah Buat Keputusan Sebulat Suara Beri Sokongan Kepada Muhyiddin Yassin Sebagai Perdana Menteri | Ahli-ahli jemaah menteri telah membuat keputusan sebulat suara untuk memberi sokongan penuh kepada kepimpinan YAB Tan Sri Hj Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia. Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan, keputusan tersebut dicapai melalui satu mesyuarat kabinet yang telah diadakan pada hari ini iaitu 14 Julai 2021. Kenyataan itu juga memaklumkan setiap keputusan kerajaan dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri setelah mengambil kira pandangan semua pihak. Selain itu, keutamaan kerajaan pada ketika ini adalah untuk menjayakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) demi kesejahteraan…

Read More

“Ya Allah, Ampunilah Bapak…” Bapa Ustaz Ebit Lew Meninggal Dunia | Terbaru, bapa kepada pendakwah dermawan, Ustaz Ebit Lew dilaporkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sebentar tadi. Ustaz Ebit lew memaklumkan perkhabaran duka tersebut menerusi satu perkongsian di laman Facebook miliknya. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini. I love you bapak. Bapak pergi dulu. Nanti ebit sampai yer. Ya Allah ampunilah bapak. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau,hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau. Ya Allah temukanlah bapak dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama. Ya Allah,inilah ayahku yang sangat baik.…

Read More

Arab Saudi Masukkan Sinovac Dalam Senarai Vaksin Untuk Masuk Ke Negaranya | Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsi berita baik buat golongan Islam yang ingin menunaikan haji atau umrah pada masa akan datang. Individu yang menerima vaksin Sinovac kini diterima oleh kerajaan Arab Saudi untuk masuk ke negara tersebut. Berita ini telah dikongsikan di laman rasmi Twitter Dr Zulkifli itu sendiri. “Alhamdulillah, Arab Saudi telah memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke sana.” “Boleh sampaikan kepada ahli keluarga yang telah menerima vaksin Sinovac dan berniat untuk tunaikan haji dan umrah akan…

Read More

Annuar Musa Ziarah Kediaman Tun Abdullah Badawi Dikompaun RM 2,000, Langgar SOP PKP  | Tan Sri Annuar Musa, Menteri Wilayah Persekutuan dikompaun RM 2,000 kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menurut laporan dari Sinar Harian, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah iaitu Ketua Polis Daerah Dang Wangi berkata kompaun itu dikeluarkan mengikut Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021. Dalam kenyataan Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan pada Isnin memkalumkan Annuar telah menerima kompaun itu dan akan menjelaskannya secepat mungkin. Kompaun itu adalah susulan kunjungan Annuar ke kediaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi pada sabtu lepas.…

Read More

Permohonan Pengeluaran i-Citra Diawalkan 3 Hari Bermula Esok Berbanding Tarikh Asal 15 Julai – KWSP | Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini memaklumkan bahawa permohonan pengeluaran i-Citra akan dibuka pada 12 Julai 2021 iaitu esok. Permohonan tersebut diawalkan 3 hari bermula esok berbanding tarikh asal pada 15 Julai 2021. Ahli KSWP boleh buat permohonan melalui icitra.kwsp.gov.my. Selain itu, pembayaran pertama dijangka dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula Ogos 2021. Jumlah maksimum pengeluaran RM 5,000 bergantung kepada baki akaun pemohon. https://twitter.com/KWSPMalaysia/status/1414136358696669187?s=20 Sumber : KWSP

Read More

Wanita Kongsi Cara Nak Tahu Vaksin Dari Negara Mana Guna MySejahtera | Umum mengetahui bahawa seluruh dunia sedang giat menjalankan pemberian vaksin kepada seluruh rakyat. Ini adalah kerana salah satu cara untuk membendung penularan virus Covid 19. Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah berkongsi mengenai vaksin yang kita terima daripada negara mana. Sedia maklum juga, vaksin yang kini negara sedang beri adalah vaksin jenis AstraZeneca, Sinovac dan Pfizer. Selain itu, setiap penerima akan dimaklumkan mengenai informasi vaksin dan sebagainya di pusat pemberian vaksin. Penerima vaksin juga akan mendapat kemaskini dari aplikasi MySejahtera mengenai batch vaksin yang diterima, tarikh dan masa.…

Read More