Author: Syifa' Syakinah

Fipper Buat Permohonan Maaf Dan Perjelas Isu Selipar “Muslim Friendly” | Terbaru, tular semalam di media sosial mengenai isu selipar Fipper “Muslim Friendly” yang baru dilancarkan semalam. Menerusi laman Instagram, Fipper memuatnaik kenyataan bagi menjelaskan isu tersebut dan membuat permohonan maaf. Salam Sejahtera, Pihak Fipper ingin memberi penjelasan berkenaan isu “Muslim Friendly” yang tular di media sosial ketika ini. Produk Slip On, Fipper x TheNoor sesuai untuk kegunaan Muslimah yang memakai stokin, kerana produk kami sebelum ini kurang bersesuaian dengan imej muslimah yang berstokin seperti yang dinyatakan di dalam press release sebelum ini. Pihak Fipper ingin memohon maaf atas kekeliruan…

Read More

Polis Siasat Imej Borang Kebenaran Rentas Negeri Kosong Bertandatangan Yang Tular Semalam | Terbaru, tular sebuah tangkap layar di media sosial semalam memaparkan seorang wanita terima sekeping borang kebenaran rentas negeri yang kosong tetapi sudah bertandatangan oleh pihak berkuasa. Susulan penularan imej tersebut, ramai warga maya mula mempersoalkan mengenainya yang juga melibatkan Ketua Polis Balai Polis Chukai. Berikutan kes berkenaan, ketua Polis Daerah Kemaman telah mengeluarkan satu siaran media bagi menjawab persoalan tersebut. Pada 7 April 2021 (Rabu) telah tular borang rentas negeri Balai Polis Chukai, Kemaman, Terengganu. Dimana satu borang rentas negeri kosong milik Balai Polis Chukai bertandatangan telah…

Read More

Polis Tahan Remaja Palsukan Keputusan Ujian Covid-19, Alasan Taknak Kerja | Baru-baru ini, polis menahan seorang ramaja perempuan berumur 19 tahun kerana memalsukan laporan keputusan ujian calitan Covid-19. Menurut Harian Metro, ketua Polis Daerah Iskandar Puteri menerima maklumat seorang majikan di sebuah restoran menerima sebuah mesej menerusi aplikasi Whatsapp dari pekerjanya dengan menghantar sekeping gambar surat mendakwa positif Covid-19. Susulan dari maklumat mesej tersebut, majikannya membuat keputusan untuk menutup restoran dan membawa 12 pekerja lain ke klinik bagi melakukan swab test. Namun begitu, hasil keputusan swab test majikan dan pekerja lain didapati kesemuanya negatif. Majikan berkenaan terus menghubungi remaja tersebut…

Read More

(Video) “Apa Yang Best Offshore?” Pemuda Kongsi Pengalaman Menarik Bekerja Di Offshore | Sebut sahaja tentang pekerjaan jenis offshore, pasti ada yang membayangkan betapa sukarnya pekerjaan tersebut. Bekerja di atas lautan dan ditambah pula dengan tidak boleh pulang selama berbulan lamanya. Pun begitu, di setiap kesusahan atau kepayahan yang dilalui pasti ada perkara-perkara yang manis serta menggembirakan buat kita. Apa yang best offshore? Baru-baru ini, seorang pekerja offshore berkongsikan sebuah video mengenai momen-momen yang seronok ketika bekerja di atas lautan. Video yang dimuatnaik oleh beliau di laman Twitter miliknya itu meraih 236 ribu tontonan oleh warga maya. Secara tidak langsung…

Read More

“Syurga Buatmu Si Anak Kecil..” Pemuda Temui Bayi Mati Di Hentian Bas | Terbaru, seorang pemuda yang dikenali sebagai Him Akmal telah membuat satu hantaran di laman Facebook miliknya mengenai beliau menemui seorang bayi yang telah meninggal dunia di sebuah hentian bas. Beliau yang ketika itu sedang mengedarkan nasi lemak percuma bersama rakan pasukan yang lain berasa curiga dengan sebuah kota yang diletakkan di tepi hentian bas tersebut. Mari ikuti perkongsian beliau di bawah. “Syurga Buatmu Si Anak Kecil..” Tepat jam 10.00 pagi pada hari yang sederhana panas ni Team Anjung 336 seperti biasa akan buat edaran percuma Nasi Lemak…

Read More

(Video) Mujur Tak Dilanggar Kenderaan Lain, Kanak-Kanak Terjatuh Di Tengah Jalan Dari Minivan| Terbaru, menerusi satu rakaman litar tertutup memaparkan seorang kanak-kanak terjatuh dari kenderaan yang dinaikinya di tengah jalan raya yang sibuk. Menurut The Sun, kanak-kanak tersebut membuka pintu bonet belakang kenderaan jenis mini van yang dinaikinya sebelum terjatuh. Kanak-kanak tersebut dilihat terus bangun dan berlari menuju ke arah mini van itu semula. Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut segera menghentikan kenderaan mereka sehingga ibunya mengambil budak itu semula. Kejadian yang berlaku di China itu menunjukkan kanak-kanak tersebut bernasib baik kerana tiada kereta memecut laju ketika dia terjatuh. Namun…

Read More

(Video) Detik Cemas Wanita Disamun, Rugi Seutas Rantai Tangan | Terbaharu, menerusi satu video rakaman litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang pelanggan kedai runcit berdepan detik cemas disamun oleh seorang lelaki dalam premis tersebut. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Kampung Rinching Hilir, Bangi Lama, Selangor. Menerusi video berdurasi 40 saat itu, mangsa yang merupakan seorang wanita berumur 22 tahun sedang melakukan urusan jual beli di kaunter pembayaran. Kemudian, suspek yang memakai topi keledar mula memasuki kedai tersebut. Pada awalnya, suspek menuju ke arah mangsa dan dia berpatah balik ke pintu masuk. Beberapa saat kemudian, suspek terus berlari ke arah mangsa dan…

Read More

Doktor Kongsi Info Contoh Prosedur Dan Ubat Yang Boleh Batalkan Puasa Dan Tak Batalkan Puasa | Baki seminggu sahaja lagi, umat Islam akan menunaikan rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa pada bulan Ramadhan. Umum juga mengetahui, ada beberapa perkara yang perlu kita pelihara agar tidak membatalkan puasa kita pada hari tersebut. Sebagai contoh, setiap doktor sudah pasti akan menerima soalan daripada pesakit tentang ubat mana yang boleh batalkan puasa dan tidak batalkan puasa. Baru-baru ini, Dr Samhan berkongsi tentang prosedur dan ubat-ubat yang boleh membatalkan dan tidak membatalkan puasa di laman Twitter miliknya. Ubat yang BOLEH BATAL puasa : Ubat…

Read More

Tular Kembali Foto Gajah ‘Mandi’ Serbuk Kunyit, Ini Kebaikan Dan Khasiat Serbuk Kunyit Pada Kulit Gajah |┬áBaru-baru ini, tular semula foto-foto seekor gajah dilumur dengan serbuk kunyit pada seluruh badannya. Foto tersebut tular selepas salah seorang penguna Twitter memuatnaik foto tersebut. Terdahulu, Facebook rasmi Adabi Consumer telah memuatnaik beberapa keping gambar seekor gajah yang menunjukkan mereka sedang melumur serbuk kunyit ke badan gajah tersebut. Pihak Adabi Consumer dengan kerjasaman Zoo Negara telah ‘mandikan’ gajah dengan serbuk kunyit. Gajah tersebut telah dilumurkan dengan kunyit pada keseluruhan badannya. Sebanyak 7 kg serbuk kunyit Adabi telah digunakan untuk melumurkan pada seekor gajah. Kemudian…

Read More

Pemuda Maut Dalam Kereta Terbalik, Nahas Kemalangan Tiga Kereta | Baru-baru ini, tular satu video di laman Twitter memaparkan sebuah kereta melanggar lampu isyarat merah dan menyebabkan kemalangan dengan dua lagi kereta lain. Menerusi video yang berdurasi kurang 30 saat itu, menunjukkan sebuah kereta jenis Suzuki Swift dipercayai memandu laju sehingga melanggar lampu isyarat merah dan merempuh sebuah kereta jenis Toyota Vios di hadapannya. Kejadian tersebut berlaku di Jalan Tengah-Bayan Baru, Pulau Pinang dan mendapati pemuda yang berusia 25 tahun telah tersepit di dalam kereta yang dipandunya. Dilaporkan, pasukan bomba mengambil masa kira-kira 25 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit…

Read More