Ayah Seorang Penyamun. 2 Tahun Selepas Keluar Penjara, “Ini” Terjadi. Allahu.

| September 19, 2021 | 0 Comments

Ayah Seorang Penyamun. 2 Tahun Selepas Keluar Penjara, “Ini” Terjadi. Allahu. | Ayah saya seorang panas baran. Saya, Siti (bukan nama sebenar) dilahirkan dalam keluarga yang sangat toksik. Mak saya, baik. Seorang OKU polio. Tapi mak kuat semangat, tak macam OKU pun.

Ayah Seorang Penyamun. 2 Tahun Selepas Keluar Penjara, "Ini" Terjadi. Allahu.

Mak cantik, mak baik hati. Cuma surrounded dengan environment yang ayah bawa dalam keluarga kami, mak jadi stress. Mak sakit.

Mak selalu kena pukul, walaupun depan anak-anak. Mak kerja pagi petang siang malam untuk sekolahkan anak-anak.

Ayah kaki perempuan, tak solat, kaki judi, panas baran. Tapi dengan saya, dia sayang.

Dari saya kecil, umur tujuh tahun, setiap dalam solat, saya akan doa untuk ayah saya berubah.

Hari berganti hari.. Tahun berganti tahun.. Ayah saya langsung tak tunjukkan perubahan yang positif.

Rasanya makin teruk perangai dia. Menjadi-jadi. Lagi-lagi bila anak-anak semua dah kerja dan belajar jauh-jauh. Mak selalu kena pukul. Naik turun balai polis, naik turun mahkamah.

Tapi tak cerai-cerai. Mak selalu termakan pujuk rayu.

Waktu umur saya 24 tahun, ayah kena tangkap polis. Atas tuduhan menjual dadah. Saya tidak tahu betul ke tak..Ayah tak mengaku langsung. Dia kata dia kena fitnah. Tuduhan melebih-lebih.

Ayah terpaksa sign tuduhan tersebut sebab diugut pukul oleh pihak polis jika tidak mengaku. Dan ayah pun sign. Ayah dihukum hukuman penjara selama dua tahun.

Maka bermulalah kehidupan bahagia kami tanpa ayah.

Kami melakar cerita baru di atas kain putih. Kami bina keluarga sakinah. Kami berubah sedikit demi sedikit dari segi emosi, pemikiran, akhlak dan agama.

Kami hidup bahagia tanpa ayah. Tenang. Tak stress macam dulu. Rezeki pun berkat sebab takde rezeki hasil judi dalam rumah.

Mak kelihatan bahagia. Kami semakin dekat dengan Tuhan. Rezeki kami melimpah ruah. Satu persatu rezeki Allah turunkan. Dalam masa dua tahun sahaja tanpa ayah kami dapat perbaiki semuanya.

Hubungan kami anak-beranak yang dulunya selalu tidak sefahaman dan bergaduh, kini dah saling memahami dan saling menyayangi.

Walau bagaimanapun, kami adik beradik masih menjenguk ayah.

Walaupun ayah jahat di mata orang, orang selalu kata ayah penyamun, kami anak beranak dihina dicaci kerana mempunyai ayah sebegitu, tapi kami tetap nampak baiknya ayah.

Yang saya nampak, ayah sebenarnya seorang yang baik dan senang dibentuk.

Cuma ayah lahir dalam keluarga jahil tentang agama. Ayah taktahu halal haram.

Sebab tu saya tidak pernah putus asa supaya ayah saya berubah.

Kemudian, kami dapat tarikh untuk ayah dibebaskan. Sebulan sebelum ayah dibebaskan, kami buntu, serabut, takut. Kami takut kehidupan yang kami bina selama dua tahun ini, musnah sekelip mata.

Kami sebenarnya kadang-kadang putus asa untuk tunggu ayah berubah. Jadi kami memang takut, kalau ayah balik. Mak dah mula stress.

Tibalah hari ayah balik. Kami awkward sangat. Tak tahu macam mana nak hadap since dah dua tahun tak jumpa.

Ayah macam takut, malu. Tak bercakap. Ayah lain sangat. Kurus. Kurus kering. Tapi…

Yang paling saya tak sangka..ayah solat. Perkara paling saya tunggu selama 20 tahun.

Ayah solat. Ayah solat awal waktu, ayah qiamullail setiap malam, ayah doa lama. Ayah lemah lembut. Tak pernah marah.

Lepas beberapa hari, ayah ajak solat Jemaah (perkara yang paling saya nak sekali dalam hidup, nak ayah imamkan solat).

Sampai ke hari ini, setiap solat, kami solat jemaah bersama. Ayah nampak ikhlas. Ayah betul-betul dah berubah. Kerja rumah ayah buat dengan ikhlas. Tak pernah marah.

Kami tak sangka…ayah berubah. Penjara tu macam pusat pemulihan. Ayah kata macam-macam ayah belajar dalam penjara.

Kat sana, ayah kena ikat perut. Sebab duit yang kami hantar sebulan sekali tu, terpaksa kongsi dengan orang lain dalam penjara. Orang lain takde keluarga yang hantar duit. Kesian ayah.

Macam-macam ayah cerita. Saya sedih.. sebab selama ini saya tak pernah percaya kalau ayah cerita apa-apa. Saya anggap ayah hanya pura-pura.

Ayah dah tukar jadi ayah yang saya idam-idamkan.

Allahu Akbar. Allah makbulkan doa saya.

Selama 20 tahun saya doa. Hari ini termakbul. Allah sayang.

Saya tak pernah sangka ayah akan berubah. Hidayah milik Allah. Ayah insan terpilih.

Ayah dah bertaubat. Ayah dah sayang mak. Ayah selalu manjakan mak lepas solat. Ayah suruh mak rehat. Ayah banyak bantu kerja-kerja mak.

Maafkan adik ayah, sebab pernah buruk sangka terhadap ayah. Adik akan usaha bagi yang terbaik supaya hidup mak ayah senang.

Ya Allah. Terima kasih. Sayang sangat Allah pada kami. Alhamdulillah..

Sumber: IIUM

Tags: , , , ,

Category: JENAYAH, KELUARGA, Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *